Monday, April 20, 2026
HomeBERITAManvin Khera, Ratu Cantik Malaysia Juara Miss Globe 2023

Manvin Khera, Ratu Cantik Malaysia Juara Miss Globe 2023

PETALING JAYA – Gadis berusia 22 tahun, Manvin Khera mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai juara Miss Globe 2023, mengalahkan 52 lagi peserta lain.

Menurut laporan media, Manvin yang juga Miss Globe pertama Malaysia turut dimahkotakan sebagai Miss Talent dalam pertandingan yang berlangsung di Durrës, Albania, semalam.

“Saya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Sudah tentu, saya gembira untuk berada di sini dan tidak jangka dapat memenangi tempat pertama.

“Saya sentiasa yakin pada diri sendiri. Saya juga percaya, kekalahan tidak akan mematahkan semangat untuk kita terus maju ke hadapan.

“Saya berbangga dapat mewakili negara dan sekarang akan mewakili Organisasi Miss Globe. Saya juga akan gunakan platform ini untuk menyampaikan suara saya kepada dunia,” katanya dalam satu temu bual bersama wakil media usai kejuaraannya.

Berdasarkan laporan Kosmo, dalam pertandingan tersebut, Manvin telah mengalahkan mengalahkan wakil dari Sepanyol, Katia Agbodo Rodriguez yang menduduki tempat kedua dan Filipina, Anna Valencia Lakrini di tempat ketiga.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimiliki wakil dari Nigeria (Duru Esther Chidera) dan Amerika Syarikat (Kirstin Yvonne Bang).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES