Wednesday, October 28, 2026
HomeLUAR NEGARAHilang Lebih Seminggu, Pendaki Ditemui Masih Hidup

Hilang Lebih Seminggu, Pendaki Ditemui Masih Hidup

AUSTIN, TEXAS – Pegawai Perkhidmatan Taman Negara memaklumkan bahawa seorang wanita ditemui di Taman Negara Big Bend, barat daya negeri Texas selepas dia hilang selama lebih seminggu, lapor saluran berita Fox News semalam.

“Pendaki itu berjaya ditemui. Dia dalam perjalanan ke hospital di Odessa,” kata jurucakap taman negara, Tom VandenBerg.

Christy Perry, 25, menyewa sebuah kenderaan di Midland pada 8 November lalu dan meletakkan kereta di Lost Mine Trailhead pada keesokan harinya, demikian menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS).

Perry dilaporkan hilang selepas dia tidak hadir untuk mengesahkan tempahannya pada 9 November lalu di tapak perkhemahan di taman itu.

Lost Mine Trailhead ditutup Khamis lalu ketika pihak berkuasa mencari Perry.

Mereka meminta pejalan kaki lain yang mungkin melihat Perry di laluan itu antara 8 November dan 9 November untuk menghubungi pihak berkuasa.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Under’ Restoran Bawah Laut Norway Pertama Di Dunia

0
Bayangkan menikmati hidangan sambil melihat ikan berenang di sebalik tingkap kaca gergasi. Pengalaman luar biasa ini boleh dinikmati di Under, sebuah restoran yang terletak...

CATEGORIES