Wednesday, October 28, 2026
HomeHIBURAN“Jangan Sampai Adab Hilang Hanya Kerana Jari Terlalu Laju Menaip” - A....

“Jangan Sampai Adab Hilang Hanya Kerana Jari Terlalu Laju Menaip” – A. Aida

Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab ketika menulis komen dalam media sosial meskipun tidak menyukai seseorang atau sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian di Threads, A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang, menegaskan ketidaksetujuan bukan alasan untuk mengetepikan kesopanan ketika memberikan pandangan.

“Tak suka tak apa. Tapi jangan sampai adab hilang hanya kerana jari terlalu laju menaip.

“Ingat, komen kita juga mencerminkan siapa diri kita. Kalau tak mampu memberi kata-kata yang baik, belajar untuk diam,” tulisnya.

bdnxhxDalam satu lagi status, A. Aida turut menegur sikap terlalu memberikan perhatian kepada kesalahan orang lain sehingga terlupa memperbaiki diri sendiri.

Katanya, setiap individu sepatutnya menilai kekurangan diri sebelum sibuk menghakimi kehidupan orang.

“Kalau hidup sendiri pun belum sempurna, jangan terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain.

“Baiki diri dahulu sebelum sibuk menilai kehidupan orang,” kongsinya.

Bagaimanapun, kedua-dua perkongsian tersebut tidak menyebut nama mana-mana individu atau memperincikan isu yang dimaksudkan.

Sumber: Threads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kylian Mbappe Mohon Maaf Kepada Rakyat China, Terlanjur Kata Ketika Podcast

0
PETALING JAYA – Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappé membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat China kerana terlepas cakap dengan melabel pengasas negara...

CATEGORIES