Wednesday, October 28, 2026
HomeVIRAL‘Dua Jam Tunggu Rider, Rupanya Meninggal Kemalangan’

‘Dua Jam Tunggu Rider, Rupanya Meninggal Kemalangan’

PETALING JAYA – Penantian seorang wanita selama hampir dua jam untuk menerima barangan dihantar seorang penghantar, berakhir dengan berita menyedihkan apabila dimaklumkan rider tersebut maut dalam kemalangan hari ini.

Menerusi hantaran pengguna Thread Fathinaleya, dia berkongsi tangkap layar sedang berhubung dengan lelaki tersebut yang mana tiada maklum balas daripadanya.

“Weh aku dah dua jam tunggu rider ni, lepas tu pelik kenapa tak ada respons dan tak gerak. Lepas tu kawan telefon dan ada orang angkat, cakap rider ni kemalangan dan meninggal tempat kejadian.

“Tolong siapa kenal rider ni. Dia tengah cari waris,” katanya pada hantaran tersebut.

Pada tangkap layar dikongsikan, penghantar itu bernama Muhammad Helmie Muhammad Termizi dengan nombor pendaftaran motosikal bermula huruf D, dipercayai berasal dari Kelantan.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang bersimpati dengan kejadian itu.

“Mungkin dia nak cepat selesaikan trip awak,” kata pengguna Thread Cuchubunga.

“Plat D, merantau jauh-jauh nak cari rezeki halal,” kata Nurul Wahidda.

“Betul, tadi dalam group (kumpulan WhatsApp) rider ada share (kongsi),” kata Akbar7honda.

Selain itu, ada pengguna Thread memuat naik gambar di ruangan komen dan dia dipercayai melalui kawasan kemalangan tersebut.

“Kemalangan kat NPE Sunway menghala Pantai Dalam,” kata Meykinda.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

“Jangan Sampai Adab Hilang Hanya Kerana Jari Terlalu Laju Menaip” –...

0
Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab ketika menulis komen dalam media sosial meskipun tidak menyukai seseorang atau sesuatu...

CATEGORIES