Wednesday, October 28, 2026
HomeHIBURANRizky Febian Bakal Hangatkan Zepp Kl Menerusi “Malam Rawan”!

Rizky Febian Bakal Hangatkan Zepp Kl Menerusi “Malam Rawan”!

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2026 – Penyanyi dan juga pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali menghangatkan pentas ibu negara menerusi konsert istimewa “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL.

Perincian mengenai konsert tersebut diumumkan dalam sidang akhbar yang berlangsung hari ini di Imyra House of Events, sekali gus membuka ruang kepada peminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persembahan yang bakal dibawakan oleh Rizky, termasuk pengumuman artis jemputan yang akan berkongsi pentas dengannya.

Dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia, konsert ini bakal menjadi satu lagi pertemuan istimewa antara Rizky dengan peminat Malaysia yang sentiasa menantikan kemunculannya.

Kembali Dengan “Malam Rawan”

Menerusi “Malam Rawan”, Rizky bakal membawa penonton menyelami sisi muziknya melalui persembahan yang menghimpunkan karya-karya popular, melodi yang dekat dengan jiwa serta momen istimewa bersama peminat.

Dikenali menerusi lagu-lagu bertemakan cinta, kerinduan dan perjalanan perasaan, Rizky mempunyai karakter vokal tersendiri yang menjadikan karya-karyanya dekat dengan pendengar.

Persembahan ini dijangka mencipta suasana romantik dan penuh emosi, sambil mengajak penonton menyanyi bersama sepanjang malam.

Rizky berkata, “Saya sangat senang dapat kembali bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur. Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya dan saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama. Kali ini, saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kenangan yang istimewa buat semua yang hadir.”

“Nadhif Basalamah” Turut Meriahkan Konsert Sebagai Artis Jemputan

Menambah tarikan kepada konsert ini, penyanyi dan pencipta lagu Indonesia, Nadhif Basalamah, turut diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal membuat persembahan bersama Rizky pada malam berkenaan.

Nadhif mencuri perhatian pendengar menerusi lagu “Penjaga Hati”, yang mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik pop Indonesia. Dengan gaya muzik dan penyampaian vokal yang tersendiri, kehadirannya dijangka memberikan dimensi berbeza kepada konsert ini, sekali gus menghimpunkan dua penyanyi Indonesia dalam sebuah malam yang meraikan muzik dan emosi.

Mengulas penglibatannya, Nadhif berkata, “Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada ‘Malam Rawan’ bersama Rizky Febian. Saya berharap dapat memberikan persembahan yang istimewa dan mencipta kenangan manis buat peminat yang hadir nanti.”

Nama Yang Tidak Asing Dalam Muzik Pop Indonesia

Rizky Febian mula mencipta nama menerusi karya popular seperti “Kesempurnaan Cinta”, “Penantian Berharga”, “Cuek”, “Makna Cinta”, “Terlukis Indah” dan “Hingga Tua Bersama”. Lagu-lagu tersebut mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyanyi popular Indonesia yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam landskap muzik pop serantau.

Karya-karyanya yang dekat dengan kisah cinta dan kehidupan terus mendapat sambutan, termasuk daripada peminat di Malaysia. Konsert ini menjadi peluang untuk mereka menikmati lagu-lagu kegemaran secara langsung dalam sebuah persembahan yang menggabungkan muzik dan pengalaman bersama artis.

Tiket Kini Dijual

Tiket untuk “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” kini boleh didapati secara dalam talian menerusi Ticket2U.com.my/RizkyFebian, dengan harga seperti berikut:

  • CAT 1 – RM228 (Standing)
  • CAT 2 – RM248 (Premium Seat)
  • CAT 3 – RM238 (Normal Seat)

Konsert ini mendapat sokongan Rizfelous Malaysia, Mega Circle Network, Rosestreet Luxury Car Rental, Zepp KL dan Imyra House of Events sebagai Rakan Strategik Rasmi, manakala Gempak dan ERA bertindak sebagai Rakan Media Rasmi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

“Jangan Sampai Adab Hilang Hanya Kerana Jari Terlalu Laju Menaip” –...

0
Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida mengingatkan orang ramai supaya menjaga adab ketika menulis komen dalam media sosial meskipun tidak menyukai seseorang atau sesuatu...

CATEGORIES