KUALA LUMPUR – Peningkatan pelepasan cukai individu kepada RM12,000 daripada RM9,000 di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengurangkan potongan cukai bulanan (PCB) pembayar cukai mulai Januari tahun depan.
Menurut Siti Elizad, tercalon buat julung kalinya dalam senarai Top 5, kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Detik Waktu (TV Okey) pada Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) juga sudah cukup bermakna buat karier seninya.
Dalam kategori itu, Siti Elizad bersaing sengit dengan barisan calon Top 5 lain seperti Mimi Lana (Andai Tiada Dia) , Nad Zainal (Dosa Tak Terampun), Nora Danish (Bakal Menantu Hajah Noraini) dan Sharifah Sakinah (Curang Tanpa Niat).
Siti Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 42, berkata, dia juga tidak menyangka akan tersenarai dalam kategori berkenaan.
“Alhamdulillah, saya juga tak sangka tercalon dan rasa macam dalam mimpi. Saya bersyukur sebab tercalon dalam Top 5 dari seribu lebih penyertaan pun sudah macam menang sebab bukan mudah bila membabitkan barisan juri profesional yang menilai dan buat keputusan.
“Saya serahkan soal menang atau kalah itu kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT. Jika bukan saya yang menang, saya tetap pulang dengan hati yang penuh syukur kerana diberi peluang untuk berdiri sebaris dengan mereka yang hebat dalam industri seni,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas persaingan dengan calon lain, kata Siti Elizad, semua calon Top 5 juga hebat dan masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.
“Saya tak melihat mana-mana calon sebagai pesaing yang perlu saya takuti, sebaliknya sebagai rakan seperjuangan yang sama-sama sudah memberikan jiwa dan rasa dalam karya masing-masing . Kita mungkin bersaing untuk sebuah pengiktirafan tetapi kita tidak pernah berhenti belajar daripada kehebatan satu sama lain.
“Saya percaya dalam bidang seni, kita tidak perlu menjadi lebih hebat daripada orang lain untuk membuktikan nilai diri kerana setiap pelakon mempunyai ‘style’ tersendiri,” katanya.
Berkongsi cabaran paling besar dalam drama Detik Waktu pula, kata Siti Elizad, ia seakan sama macam dalam realiti hidupnya iaitu tentang perjuangan yang mungkin tidak mampu diluahkan dengan kata-kata untuk mendapatkan zuriat.
“Satu lagi cabaran apabila perlu meletakkan diri saya dalam dunia karakter itu dan memahami setiap emosinya dan memastikan setiap babak mempunyai nyawa.
“Dari segi kekuatan dan mesej naskhah ini ialah kemanusiaan dan emosi yang dekat dengan kehidupan kita. Kadang-kadang, dalam kesibukan mengejar masa dan memperbaiki kehidupan, kita terlupa bahawa setiap detik berlalu tidak akan pernah kembali.
“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Idham (Pengarah) kerana kepercayaan diberikan. Beliau pengarah yang hebat bukan sekadar mengarahkan lakonan, tetapi mampu membuka ruang untuk seorang pelakon menemukan sisi dirinya yang mungkin belum pernah diterokai,” ujarnya.
Sumber – Berita Harian





