Friday, October 16, 2026
HomeBERITAHampir Terlepas Peluang Ke Universiti, Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Cemerlang

Hampir Terlepas Peluang Ke Universiti, Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Cemerlang

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial perkongsian video berdurasi tiga minit oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyentuh hati orang ramai apabila beliau tampil membantu seorang pelajar cemerlang yang hampir terlepas peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi akibat kekangan kewangan.

Asyraf Wajdi yang mengadakan lawatan ke Gerik didatangi Ketua Kampung Kuak Hulu, Mohd Nazri Md Midah atau Tok Nazri yang memaklumkan nasib seorang anak buahnya dari keluarga kurang berkemampuan.

​Pelajar perempuan itu yang memperoleh keputusan cemerlang dilaporkan gagal hadir pada hari pendaftaran universiti di Selangor pada Ogos lalu berikutan kedaifan keluarga.

“Pantang sungguh saya dengar berita pelajar cemerlang yang tidak hadir pendaftaran ke universiti kerana kekangan wang,” tegas Asyraf Wajdi menerusi hantaran video di Reels FB miliknya.

Mengetahui hasrat dan minat mendalam pelajar berkenaan dalam bidang kejururawatan, Asyraf Wajdi tanpa membuang masa terus membuat panggilan telefon secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP), Hishamuddin Omar untuk bertanyakan kekosongan.

​Tindakan pantas itu membuahkan hasil apabila pihak UniKL RCMP memberikan maklum balas positif dan bersetuju menawarkan tempat kepada pelajar berkenaan bagi sesi kemasukan Januari depan.

Video perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji keprihatinan Asyraf Wajdi serta kerjasama erat ketua kampung yang sentiasa peka dengan nasib penduduk setempat.

Asyraf Wajdi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pimpinan akar umbi yang cakna dan berharap lebih ramai pihak yang berkemampuan tampil membantu anak bangsa yang berdepan kesukaran demi menuntut ilmu.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Prabowo Lulus Terima Bantuan Malaysia Padam Kebakaran Hutan

0
JAKARTA – JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluluskan penerimaan bantuan daripada negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut di negara...

CATEGORIES