Friday, October 16, 2026
HomeBERITAKes Pegawai AKPS Dibunuh Suami, Warga Agensi Ucap Takziah

Kes Pegawai AKPS Dibunuh Suami, Warga Agensi Ucap Takziah

SEREMBAN – Pimpinan dan warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mengucapkan takziah kepada keluarga seorang pegawai wanita agensi itu yang maut dipercayai dibunuh suaminya awal malam tadi.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dan warga agensi itu menerusi hantaran di Facebook AKPS mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai berusia 35 tahun berkenaan.

Allahyarham Norhazwani Ibrahim adalah Pegawai Kastam Gred WK1 yang bertukar ke skim AKPS dan bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pemergian beliau amat dirasai rakan sekerja dan seluruh warga AKPS. Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarham sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berpanjangan,” katanya.

Hantaran itu turut mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, mangsa dikatakan dibunuh suaminya ketika berada di rumah mereka di kediaman kakitangan kerajaan berkenaan.

Suspek yang juga berusia 30-an ditahan selepas dikatakan menyerah diri di balai polis, selain dipercaya turut menghubungi keluarga mangsa sejurus kejadian.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Prabowo Lulus Terima Bantuan Malaysia Padam Kebakaran Hutan

0
JAKARTA – JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluluskan penerimaan bantuan daripada negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut di negara...

CATEGORIES