Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURAN‘Ingat Perjalanan Kisah P. Ramlee’ – Ambil Iktibar Sejarah Seniman Agung

‘Ingat Perjalanan Kisah P. Ramlee’ – Ambil Iktibar Sejarah Seniman Agung

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Balqis meluahkan pandangan mengenai realiti industri seni tanah air yang sering meletakkan ukuran populariti mendahului kriteria mutu lakonan sebenar.

Menurut Puteri Balqis, 19, menjadikan perjalanan hidup seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi serta iktibar untuk terus tabah menghadapi liku-liku dunia lakonan.

“Ada artis veteran yang mengeluh kerana anugerah hari ini semakin banyak menilai populariti bukan mutu lakonan.

“Saya faham itu. Setiap kali lakonan tidak dihargai sebagaimana populariti diraikan, saya sentiasa ingatkan diri sendiri tentang perjalanan seniman P. Ramlee.

“Seorang seniman yang pernah dijulang tetapi akhirnya turut merasai pahitnya penolakan. Pernah diejak di atas pentas ketika zaman kejatuhannya,” katanya dalam InstaStory.

Bagaimanapun, pengalaman tersebut membuka sisi pemahaman baharu buat dirinya mengenai erti sokongan ikhlas peminat yang tidak semestinya dizahirkan secara terbuka.

“Kehidupan P.Ramlee dan Saloma tak semuanya seindah dan sering diceritakan dan saya mula memahami sesuatu.

“Tidak semua peminat bersikap lantang, ada yang tidak lantang dalam undian.

“Tidak sibuk mempertahankan kita di ruangan komen. Tak perlu mengumumkan sokongan mereka kepada seluruh dunia,” katanya lagi.

Dalam masa sama, pelakon filem Makrifat Cinta itu menghargai pengorbanan golongan peminat yang sentiasa berdiri teguh di belakang tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan terbuka.

“Saya panggil mereka penyokong dalam diam. Mereka mungkin tidak selalu kelihatan, tetapi sering hadir pada waktu yang paling tak diduga.

“Setiap kali mereka hadir, saya diingatkan bahawa penghargaan tidak semestinya datang dalam bentuk kemenangan.

“Ada penghargaan yang tidak pernah dilaungkan dengan suara yang kuat. Namun, itu tidak pernah bermakna kurang berharga,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lelaki Diarah Bayar Nafkah RM1,500 Sebulan Kepada Bekas Isteri Lumpuh

0
KUALA LUMPUR – “Sebab dia nak hidup.” Itu jawapan seorang ibu ketika ditanya mengapa anak perempuannya yang lumpuh dan terlantar memerlukan nafkah bulanan, sekali...

CATEGORIES