Thursday, October 22, 2026
HomeBERITAPengawal Keselamatan Maut Dihempap Pokok Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Pengawal Keselamatan Maut Dihempap Pokok Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

JELI – Seorang pengawal keselamatan maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui jalan di Kampung Ayer Lanas, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Alia Sabri Mat Repin, 40, maut di lokasi kejadian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.05 pagi berhubung kejadian itu.

“Seramai 10 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, didapati seorang mangsa lelaki berada di bawah pokok terbabit dan sudah meninggal dunia.

“Difahamkan mangsa bekerja di Politeknik Jeli dan ketika kejadian, dia yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Bukit Bunga, di sini.

“Menerusi rakaman papan pemuka dari pengguna jalan raya, sebaik mangsa tiba di lokasi, pokok itu tumbang dan terus menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Adni berkata, pasukannya mengeluarkan mangsa menggunakan gergaji berantai bagi memotong pokok tumbang yang menghempap mangsa dengan dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Jeli untuk tindakan lanjut.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menjalankan proses pemotongan pokok itu yang menghalang jalan raya sekaligus membersihkan kawasan,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Noh Salleh Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza Sekali Lagi, “Kalau Beliau...

0
PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Noh Salleh menyimpan hasrat mengundang Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk berduet dalam konsert Cadenza of the...

CATEGORIES