Wednesday, October 28, 2026
HomeHIBURANFauziah Nawi Tegur Sikap Segelintir Artis Senior Mengecilkan Artis Pelapis

Fauziah Nawi Tegur Sikap Segelintir Artis Senior Mengecilkan Artis Pelapis

KUALA LUMPUR – “Menegur itu hak. Membimbing itu sumbangan. Mewariskan ilmu itu legasi.”

Demikian tulis pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi dalam hantaran terbaharu di Threads, menegur sikap segelintir artis senior yang mengecilkan artis pelapis.

Dalam hantaran itu, Fauziah, 73, menyarankan agar artis veteran yang gemar bersuara mengenai kelemahan pelapis, turut memberikan cara penyelesaian yang bernas.

“Artis senior tidak perlu mengecilkan pelapis untuk membuktikan kebesarannya. Besarnya seorang seniman terserlah apabila dia mampu membantu orang lain menjadi lebih baik daripada dirinya.

“Kita tidak mengharapkan semua artis senior menjadi guru. Tetapi apabila mereka memilih untuk bersuara mengenai kelemahan pelapis, alangkah baiknya jika suara itu turut membawa penyelesaian,” tulisnya.

Tambahnya, sikap ingin berkongsi itu menunjukkan kematangan seseorang artis yang berkarya di dalam industri.

“Kematangan seorang artis senior bukan hanya diukur melalui berapa lama dia berada dalam industri, tetapi melalui kesediaannya berkongsi ilmu dan membesarkan generasi selepasnya,” katanya.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, pemain industri antaranya Sheila Rusly dan Nad Zainal.

Rata-rata, memberikan reaksi positif terhadap kenyataan Fauziah.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harimau Berkeliaran, 500 Penduduk Kuala Krai Hidup Ketakutan

0
KUALA KRAI – Kira-kira 500 penduduk di empat kampung dalam Mukim Sungai Mengkuang, di sini, hidup dalam kebimbangan sejak kehadiran harimau dikesan di hutan...

CATEGORIES