GERIK – Pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar terbabit kemalangan bersama beberapa kakitangannya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini hari ini.
Difahamkan kemalangan tersebut berlaku berhampiran Tasik Banding di sini ketika mereka dalam perjalanan ke Gerik.
Insiden tersebut turut dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Thread rasminya pagi ini.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang staf telah terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak.
“Doakan semoga Allah SWT melindungi mereka, diberikan kesembuhan serta dipermudah segala urusan. Amin,” kata hantaran itu.
Sumber – KOSMO! ONLINE





