Friday, October 23, 2026
HomeLUAR NEGARAVirus Shamonda Pertama Kali Jangkiti Manusia

Virus Shamonda Pertama Kali Jangkiti Manusia

PARIS – Pihak berkuasa kesihatan Perancis menyatakan semalam bahawa virus Shamonda yang biasanya menjejaskan haiwan ternakan, dikesan pada manusia buat kali pertama, melibatkan seorang pesakit kurang daya tahan imun teruk yang meninggal dunia awal bulan ini.

“Tiada risiko kesihatan kepada orang awam buat masa ini”, kata kementerian kesihatan dan pertanian Perancis dalam satu kenyataan bersama.

Menurut kedua-duanya, jangkitan pada manusia itu merupakan kes luar biasa melibatkan pesakit yang mengalami kurang daya tahan teruk dan dirawat di hospital kerana masalah kesihatan serius.

“Walaupun virus ini menular di Benua Afrika dan Asia selama beberapa dekad, Shamonda tidak pernah dikesan pada manusia sebelum ini,” kata dua kementerian tersebut.

Kuman tergolong dalam kumpulan Orthobunyavirus dan biasanya dipindahkan kepada haiwan oleh serangga seperti nyamuk itu pertama kali dikesan di Eropah pada musim panas tahun ini.

Virus itu pertama kali ditemukan di Nigeria pada pertengahan tahun 1960-an dan sejak itu telah dilaporkan pada lembu di beberapa bahagian di Afrika dan Jepun.

Shamonda dikesan di Eropah buat kali pertama pula pada akhir Julai lalu  termasuk di ladang ternakan lembu di Perancis.

Terkini, ia dikesan di 14 negara Eropah Barat, demikian menurut buletin epidemiologi  Institut Penyelidikan Kebangsaan Perancis yang memantau kesihatan haiwan.

Lembu dianggap sebagai perumah haiwan utamanya, walaupun jangkitan terpencil  pada ternakan  lebih kecil dan kuda juga telah pasti di Perancis pada musim panas 2026.

Pada lembu, gejala utamanya adalah cirit-birit akut, demam, kelesuan dan penurunan pengeluaran susu.

Siasatan sedang dijalankan, manakala kedua-dua Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) serta Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah telah dimaklumkan.

Ketua  Institut Pandemik di Britain, Tom Solomon berkata, masih banyak yang kita tidak tahu mengenai virus Shamonda.

“Kita tidak tahu sama ada orang yang sihat boleh dijangkiti tanpa sebarang gejala atau apa simptom yang biasanya disebabkan oleh virus ini atau berapa kerap ia boleh menyebabkan penyakit serius,” katanya.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Juara-Juara Akademi Bakal Berentap Di Pentas GV13

0
PETALING JAYA – Identiti peserta program realiti Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13) akhirnya diketahui apabila juara-juara Akademi Fantasia musim terdahulu diumumkan sebagai peserta program...

CATEGORIES