Wednesday, October 21, 2026
HomeTEKNOLOGIJepun Lancar Kapal Angkasa Ke Bulan Planet Marikh

Jepun Lancar Kapal Angkasa Ke Bulan Planet Marikh

TOKYO – Jepun mencipta sejarah baharu dalam bidang penerokaan angkasa lepas selepas berjaya melancarkan kapal angkasa tanpa pemandu yang menjadi misi pertama mengumpul sampel dari salah satu bulan planet Marikh, semalam.

Pelancaran itu berpotensi besar membantu para saintis merungkai asal usul pembentukan Sistem Suria serta sejarah kewujudan hidupan di Bumi.

Menurut Agensi Penjelajahan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) roket flagship H3 yang membawa yang membawa prob tanpa pemandu Martian Moons eXploration (MMX)  berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima pada pukul 4:41 pagi (waktu tempatan).

Lebih sejam kemudian, JAXA mengesahkan prob tersebut berjaya terpisah daripada roket H3 dan kini secara rasmi memulakan perjalanannya ke sistem Marikh.

Kapal angkasa MMX dijangka tiba berhampiran Marikh sekitar Ogos tahun depan untuk mengorbit salah satu bulannya, Phobos.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zaki Yamani Cari Duit Sendiri Sejak Usia 13 Tahun

0
SHAH ALAM – Penyanyi Zaki Yamani tidak terkesan dengan komen segelintir netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangannya, sebaliknya menegaskan bahawa dia sudah mencari wang sendiri...

CATEGORIES