Tuesday, September 1, 2026
HomeTEKNOLOGIPelajar Cipta Ambulans Solar Pertama Dunia

Pelajar Cipta Ambulans Solar Pertama Dunia

AMSTERDAM: Sekumpulan pelajar dari Belanda membangunkan ambulans berkuasa solar, Stella Juva, bagi membantu membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Afrika yang sukar mendapatkan rawatan.

Kira-kira satu pertiga penduduk Afrika tinggal lebih dua jam dari kemudahan kesihatan, manakala kekurangan bekalan elektrik di fasiliti perubatan turut mengehadkan jenis rawatan yang boleh diberikan.

Stella Juva dilengkapi pelbagai peralatan perubatan termasuk mesin sinar-X, mesin ultrabunyi dan peti sejuk bagi memastikan vaksin disimpan pada suhu sesuai.

Ambulans itu menggunakan panel solar di bahagian bumbung yang membolehkannya dicas ketika bergerak.

Ia turut dilengkapi panel solar tambahan yang boleh dipanjangkan dan dilipat keluar ketika kenderaan tidak bergerak bagi meningkatkan kawasan permukaan untuk pengecasan.

Pasukan Solar Eindhoven, terdiri daripada 23 pelajar Universiti Teknologi Eindhoven dan dua institusi pendidikan lain, menyifatkan Stella Juva sebagai ‘ambulans solar pertama di dunia’.

Namun, kenderaan itu lebih berfungsi sebagai klinik kesihatan bergerak. Ia sebaliknya membawa peralatan perubatan dan bekalan tenaga ke kawasan yang kekurangan kemudahan kesihatan.

Pasukan itu memandu Stella Juva sejauh lebih 800 kilometer (km) mengelilingi Kenya, termasuk ke sebuah klinik kesihatan di Mosiro, wilayah Narok di barat daya negara itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Selain Stella Juva, Pasukan Solar Eindhoven pernah membangunkan kenderaan yang lebih mesra alam, termasuk kenderaan lasak berkuasa solar pertama di dunia, Stella Terra.

Sumber – CNN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Empat Maut LPT1: Lori Tangki Hilang Kawalan Punca Nahas 11 Kenderaan

0
TEMERLOH – Lori tangki simen dipercayai menjadi punca kemalangan ngeri membabitkan 11 buah kenderaan yang meragut empat nyawa di Kilometer 110.3, Lebuh Raya Pantai...

CATEGORIES