Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURANErma Sindir Pelakon Malas Berlatih, Pelakon Hebat Pun Terus Belajar

Erma Sindir Pelakon Malas Berlatih, Pelakon Hebat Pun Terus Belajar

KUALA LUMPUR – Kesungguhan Datuk Eman Manan dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar menghadiri sesi bacaan skrip dan latihan bagi filem terbaharu, Langit 2 Warna, mengundang pujian pengarah dan penerbit, Erma Fatima, yang pada masa sama menyindir sikap segelintir pelakon yang didakwa kurang komited terhadap persiapan sebelum penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Erma berseloroh mengenai kesediaan dua pelakon berpengalaman itu menghadiri latihan, meskipun sudah meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang perjalanan seni mereka.

“Dah bagus pun datang ‘rehearsal’ (latihan) ke? Dah berapa kali menang ‘award’ (anugerah), datang ‘rehearsal’ lagi ke?” tulisnya.

Erma turut memuji sikap profesional Eman dan Tamimi yang tetap memberikan perhatian terhadap persiapan watak sebelum melangkah ke set penggambaran.

“Pelakon yang jelas kehebatannya pun tak berhenti mempersiapkan diri untuk melangkah masuk set,” tulisnya.

Bagaimanapun, Erma turut meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pelakon yang didakwa tidak memberikan komitmen sewajarnya terhadap sesi latihan, malah ada yang dikatakan meminta bayaran untuk menghadirinya.

“Bagaimana pula dengan pelakon yang kurang hebat? Itu pun ada pelakon yang aku dengar nak minta ‘payment’ (bayaran) untuk ‘rehearsal’.

“Nasib baik bukan pelakon-pelakon Langit 2 Warna. Maaf, saya tidak berminat dengan pelakon sedemikian,” katanya.

Filem Langit 2 Warna menandakan kepulangan Erma ke kerusi pengarah selepas lebih sedekad.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, filem itu turut menampilkan Datin Seri Umie Aida serta dua pelakon terkenal Indonesia, Christine Hakim dan Reza Rahadian.

Mengangkat konflik cinta, agama dan keluarga, filem berkenaan dijadualkan menjalani penggambaran di tiga negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Mesir, mulai November ini sebelum dijangka menemui penonton tahun depan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Mohon Maaf Atau Bayar RM3 Juta’ – Ruhainies ‘Ajar’ Pemfitnah

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Ruhainies nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa memfitnah dirinya dalam media sosial termasuk tuduhan menjalin hubungan sulit...

CATEGORIES