Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURAN“Mana Nak Cari Orang Seperti Itu”, Fazley Yaakob Hargai Keprihatinan Vida

“Mana Nak Cari Orang Seperti Itu”, Fazley Yaakob Hargai Keprihatinan Vida

SHAH ALAM – Kesanggupan Datuk Seri Vida meninggalkan urusan kerja dan pulang lebih awal demi menemani penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan ketika berlatih badminton menyentuh hati lelaki itu.

Fazley, 48, berkata keprihatinan usahawan yang mesra disapa DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, itu amat bermakna buat dirinya, apatah lagi Vida sepatutnya berada di China ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, Vida bukan sahaja pulang awal untuk memberikan sokongan kepadanya, malah turut berjanji menemaninya mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui tahap kecederaan dialami.

“Saya sedang berlatih untuk kejohanan badminton, kemudian mengalami kecederaan.

“Saya paling terharu kerana Vida sepatutnya tiada di Malaysia, sebaliknya berada di China. Namun, dia pulang awal dan memberitahu bahawa kepulangannya bukan sekadar untuk menyokong saya pada anugerah ini, tetapi juga untuk menemani saya berjumpa doktor esok (hari ini).

“Terima kasih, sayang, kerana pulang awal demi saya. Pemeriksaan itu nanti akan menentukan sama ada saya boleh bermain badminton dalam kejohanan berkenaan atau tidak,” katanya.

Fazley berkata, dia turut tersentuh apabila Vida sanggup meninggalkan program yang sedang dihadirinya sebaik mengetahui dirinya cedera.

Katanya, ketika kejadian, Vida juga terbabit dalam penggambaran, namun tetap meluangkan masa untuk melihat keadaannya.

“Ketika itu, jiwa saya memang tidak tenang kerana kami jarang dapat berjumpa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Ketika saya terpelecok, Vida sedang menjalani penggambaran.

“Dia sanggup meninggalkan program itu untuk datang melihat keadaan saya. Saya rasa dia sangat sweet. Dia sediakan makanan, suapkan saya makan dan basuhkan tangan saya.

“Ya Allah, terima kasih, sayang. Sekarang ini memang dia sedang menjaga saya. Sanggup pulang awal, meninggalkan program dan siaran langsung. Mana nak cari orang seperti itu? Bidadari syurga,” katanya.

Sementara itu, Vida berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu Fazley mengalami kecederaan ketika bermain badminton.

Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di sisi Fazley ketika lelaki itu memerlukan sokongannya, biarpun terpaksa mengubah perancangan kerja.

“Saya terfikir, kenapa boleh jadi begitu? Tidak kira apa yang perlu saya lakukan selepas ini, perkara pertama yang saya mahu ialah melihat dia.

“Ketika itu, saya sedang merinduinya dan kami tidak bersama. Saya merajuk, dia pun sudah tidak tenang. Tiba-tiba dia terjatuh ketika bermain badminton,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Harap Ada Rezeki, Saya Teringin Berlakon Filem Aksi’ – Redza Rosli

0
SELEPAS sekian lama mengukuhkan nama menerusi drama televisyen, pelakon Redza Rosli menyimpan impian untuk mengembangkan kerjaya ke layar perak bagi membuktikan kemampuan lakonannya dalam...

CATEGORIES