Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURANTiada Jurusolek Amira Othman Jadi Penyelamat Fattah Amin Di AMT 2026

Tiada Jurusolek Amira Othman Jadi Penyelamat Fattah Amin Di AMT 2026

SHAH ALAM – Kesibukan pasukan glamor menjelang Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 menyebabkan pelakon Fattah Amin mendapatkan khidmat isterinya, Amira Othman, untuk menyempurnakan solekannya.

Berseloroh mengenai perkara itu, Fattah berkata, dia lazimnya mendapatkan khidmat profesional bagi menguruskan solekan, dandanan rambut dan pemilihan pakaian setiap kali menghadiri acara rasmi.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berjaya mendapatkan khidmat jurusolek pada saat akhir kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai komitmen dengan artis lain.

“Untuk pengetahuan semua, hari ini sebenarnya saya tak dapat lock jurusolek. Semua sibuk dan sudah ada artis masing-masing.

“Jadi, jurusolek saya hari ini sebenarnya Amira Othman. Amira make-up okey, betul? Terima kasih. Lepas ini boleh hubungi dia kalau ada artis yang memerlukan khidmatnya,” katanya sambil bergurau ketika ditemui pada sidang media AMT 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Fattah mengulangi kejayaan edisi tahun lalu apabila sekali lagi merangkul trofi Selebriti Maskulin Terhangat pada AMT 2026.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui tidak menjangkakan kemenangan berkenaan memandangkan kehadirannya ke acara itu adalah untuk menjalankan tugas sebagai penyampai anugerah.

“Sebenarnya, kami datang dengan jangkaan sebagai penyampai sahaja. Kami tahu tercalon, tetapi tak sangka menang. Itu yang membuatkan saya terkejut tadi.

“Saya pun rasa ramai lagi yang lebih maskulin daripada saya. Saya tak rasa layak, tetapi ini rezeki. Rezeki anak juga. Alhamdulillah, peminat mengundi saya untuk tahun kedua ini,” katanya.

Mengulas mengenai penjagaan penampilan, Fattah berkata, seseorang selebriti perlu sentiasa memastikan imej diri terurus dan bersesuaian dengan acara yang dihadiri.

Katanya, pemilihan pakaian, dandanan rambut dan solekan perlu diberi perhatian kerana penampilan selebriti sering menjadi tumpuan orang ramai.

“Sebagai selebriti, kita sentiasa menjaga penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana tahu apabila keluar, ramai mata memandang.

“Jadi, pakaian yang dipilih perlu sentiasa nampak kemas dan sesuai dengan acara. Jangan tersalah kod pakaian apabila menghadiri sesuatu majlis.

“Saya memang sentiasa menjaga penampilan, daripada rambut, muka dan sebagainya. Cuma, kadang-kadang apabila menjalani penggambaran, kita terikat dengan karakter.

“Kalau perasan, rambut saya panjang sekarang disebabkan karakter dalam karya yang sedang ditayangkan. Apabila selesai membawa karakter itu, kita kemaskan semula rambut,” katanya.

Fattah turut menasihatkan pelakon baharu supaya mendapatkan khidmat pasukan glamor profesional bagi membantu menguruskan penampilan, khususnya ketika menghadiri acara rasmi.

Katanya, khidmat jurusolek dan penggaya fesyen bukan sahaja memudahkan persiapan, malah membantu selebriti memastikan penampilan bersesuaian dengan majlis.

“Nasihat saya kepada artis baharu, kita memang perlu melantik pasukan glamor kerana kamera ada di mana-mana. Kalau pakaian tidak sesuai dengan acara, bagaimana?

“Apabila ada penggaya, semuanya lebih mudah kerana mereka akan memikirkan apa yang sesuai dan memberikan pilihan kepada kita. Jadi, kerja kita lebih mudah,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zaki Yamani Cari Duit Sendiri Sejak Usia 13 Tahun

0
SHAH ALAM – Penyanyi Zaki Yamani tidak terkesan dengan komen segelintir netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangannya, sebaliknya menegaskan bahawa dia sudah mencari wang sendiri...

CATEGORIES