Tuesday, October 20, 2026
HomeBERITA242 Pelajar Tajaan Mara Di Perancis Selamat – Asyraf Wajdi

242 Pelajar Tajaan Mara Di Perancis Selamat – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Seramai 242 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Perancis dilaporkan selamat susulan kejadian rusuhan di negara berkenaan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pelajar terbabit turut diminta sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan awam yang terjejas akibat rusuhan.

“Alhamdulillah status 242 Pelajar Tajaan Mara di Perancis selamat dan mereka diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan-kawasan awam yang terbabit dengan rusuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu media melaporkan, gelombang rusuhan dan protes besar-besaran sedang melanda beberapa negara di Eropah sejak September dan memuncak di beberapa bandar raya utama termasuk Paris dan Milan, Itali pada Sabtu lalu.

Ia susulan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu khususnya kebajikan pelajar, kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sara hidup.

Demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu peserta di pelbagai bandar itu turut bertindak gamas merosakkan bangunan awam, membakar kenderaan serta merompak premis perniagaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saman RM500 Jika Dengar Muzik Telefon Bimbit Tanpa Fon Kepala

0
LONDON – Warga  London yang memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon bimbit di dalam bas  berdepan saman  £100 (RM500)  sebagai  usaha menangani...

CATEGORIES