Tuesday, October 20, 2026
HomeHIBURAN‘Sewaktu 18 Tahun, Mak Minta Saya Rakam Album Tradisional’ - Siti Nurhaliza

‘Sewaktu 18 Tahun, Mak Minta Saya Rakam Album Tradisional’ – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kisah ibunya, Siti Salmah Bachik menjadi pendorong utama memperkenalkan dan menyemai rasa cinta terhadap irama Melayu tradisional.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, memaklumkan ibunya mencadangkan agar dia merakamkan album tradisional ketika berusia 18 tahun.

“Anda bersama-sama saya untuk menghayati balik macam mana mula-mula saya berminat dengan irama tradisional.

“Sewaktu itu, umur saya 18 tahun dan saya sampaikan lagu tradisional pilihan ibu saya sendiri iaitu Mak Salmah berjudul Seri Mersing.

“Masa itu saya asyik mendengar lagu rock 90-an. Mak saya kata saya kena rakam album tradisional, belajar dan mencintai lagu irama Melayu,” katanya sebelum menjemput penyanyi Haziq Rosebi ke pentas.

Pada masa sama, pelantun lagu Kesuma itu sempat menzahirkan ucapan penghargaan buat ibunya yang menjadi pencetus idea bernas tersebut sehingga akhirnya membuka jalan kepada penganjuran konsert tradisional berskala mega.

“Terima kasih mak kerana selalu ingatkan saya, kalau tak saya tidak rakam lagu tradisional,” tuturnya.

Siti berjaya memukau 63,000 penonton termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.

Siti turut membawakan beberapa penyanyi jemputan iaitu Haziq Rosebi dan Noraniza Idris bersama-sama penyanyi seberang, Lesti Kejora serta King Nassar bagi menemaninya sepanjang lebih tiga jam konsert berlangsung.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ini Bukan Soal Saya Tetapi Periuk Nasi Hampir 500 Dari Pekerja’...

0
KUALA LUMPUR - “Ini bukan soal saya seorang, tetapi membabitkan periuk nasi hampir 500 pekerja,” tegas usahawan fesyen, Christy Ng. Beliau yang juga pempengaruh media...

CATEGORIES