Tuesday, October 20, 2026
HomeBERITATambang ECRL Gombak-KB Bermula RM125, Ke Kuala Terengganu RM95

Tambang ECRL Gombak-KB Bermula RM125, Ke Kuala Terengganu RM95

GOMBAK – Tambang kelas Ekonomi bagi perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu ditawarkan bermula RM125 sehala menerusi perkhidmatan transit, manakala tambang ekspres bermula RM147.

Kadar tambang itu diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu menerusi pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.

Sementara itu, bagi perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu, tambang transit bermula RM95 sehala, manakala ekspres RM110.

Perjalanan Gombak ke KotaSAS, Pahang pula ditawarkan pada tambang permulaan RM60 bagi transit dan RM68 bagi ekspres.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ini Bukan Soal Saya Tetapi Periuk Nasi Hampir 500 Dari Pekerja’...

0
KUALA LUMPUR - “Ini bukan soal saya seorang, tetapi membabitkan periuk nasi hampir 500 pekerja,” tegas usahawan fesyen, Christy Ng. Beliau yang juga pempengaruh media...

CATEGORIES