Tuesday, October 20, 2026
HomeLUAR NEGARASaman RM500 Jika Dengar Muzik Telefon Bimbit Tanpa Fon Kepala

Saman RM500 Jika Dengar Muzik Telefon Bimbit Tanpa Fon Kepala

LONDON – Warga  London yang memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon bimbit di dalam bas  berdepan saman  £100 (RM500)  sebagai  usaha menangani tingkah laku antisosial dalam pengangkutan awam, lapor akhbar London Evening Standard.

Denda tersebut melibatkan perbuatan menghisap vape, membuang sampah atau memainkan muzik tanpa fon kepala.

Tindakan tegas itu memberi implikasi kepada rangkaian bas London yang sibuk dan membawa jutaan penumpang di sekitar ibu kota United Kingdom pada setiap hari.

Masih tidak jelas  bagaimana peraturan baharu itu akan dilaksanakan ke atas perkhidmatan Pengangkutan Untuk London (TfL).

Kempen peringkat kebangsaan dilancarkan semalam pula menggesa penumpang kereta api  menggunakan fon kepala dan tidak memainkan muzik atau video secara terbuka.

“Kita semua pernah berada di dalam kereta api apabila seseorang mula memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon mereka. Ia menyakitkan hatit,” kata Perdana Menteri Andy Burnham.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ini Bukan Soal Saya Tetapi Periuk Nasi Hampir 500 Dari Pekerja’...

0
KUALA LUMPUR - “Ini bukan soal saya seorang, tetapi membabitkan periuk nasi hampir 500 pekerja,” tegas usahawan fesyen, Christy Ng. Beliau yang juga pempengaruh media...

CATEGORIES