Friday, October 16, 2026
HomeBERITA3 Remaja Cedera, Bendera Perarakan Tokong Terkena Talian Elektrik Voltan Tinggi

3 Remaja Cedera, Bendera Perarakan Tokong Terkena Talian Elektrik Voltan Tinggi

ALOR SETAR – Tiga remaja lelaki cedera selepas bendera yang dibawa ketika Perarakan Tokong Sayur dipercayai terkena talian pencawang elektrik bervoltan tinggi di Mergong, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam tadi ketika ribuan peserta perarakan itu berarak di jalan utama di Mergong sebelum bendera yang dibawa terkena wayar elektrik.

Difahamkan, bendera dipegang salah seorang remaja itu ditiup angin kencang sewaktu hujan renyai menyebabkan ketiga-tiga remaja terbabit berusia 16 dan dua lagi berusia 17 tahun terjatuh.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Bahiyah (HSB) dan dirawat di Zon Merah.

mempunyai satu persembahan perarakan berkenaan hari ini yang berlangsung pada setiap tahun.

Beliau berkata, perarakan malam ini dilakukan pada hari keempat.

“Jadi hari yang keempat kita biasa buat perarakan ini bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

“Ketika itu, saya tak ada di tempat kejadian dan hanya mengetahui kejadian selepas dimaklumkan peserta perarakan terbabit,” katanya.

Boon Chuan berkata, berdasarkan usia mangsa berkemungkinan mereka masih bersekolah.

Katanya, setakat ini ketiga-tiga mangsa sedang menerima rawatan dan dalam pemantauan doktor.

“Setakat ini saya tak tahu keadaan mereka kerana masih dalam zon merah,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan mangsa yang terjatuh di atas jalan mengalami kecederaan dan dibantu peserta perarakan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hampir Terlepas Peluang Ke Universiti, Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Cemerlang

0
KUALA LUMPUR - Tular di media sosial perkongsian video berdurasi tiga minit oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyentuh hati orang...

CATEGORIES