Thursday, October 15, 2026
HomeHIBURANYusuf Bahrin Anggap Gelaran Duda 'Hot' Dari Netizen Hanya Gurauan

Yusuf Bahrin Anggap Gelaran Duda ‘Hot’ Dari Netizen Hanya Gurauan

GOMBAK – Pelakon Yusuf Bahrin, 34, menyifatkan gelaran ‘duda hot’ yang sering diberikan netizen kepadanya sebagai gurauan semata-mata dan memilih untuk melihatnya dari sudut positif.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin berkata, menganggap gelaran itu diberikan kepadanya disebabkan kerjayanya sebagai pelakon selain kerap muncul di televisyen dan media sosial.

“Perkara ini mereka (netizen) memang suka melawak dengan gelaran ‘duda hot’. Sebab saya rasa benda itu, kita punya kerjaya sebagai pelakon dan mereka pun selalu lihat saya di televisyen.

“Jadi kita dapat lebih perhatian di situ. Mungkin ramai lagi yang ‘hot’ dan saya pun tidak kata saya ‘hot’ pun. Perkara itu saya terima dengan cara penerimaan yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, Yusuf berkata, dia terbuka untuk bergurau dengan peminat selagi ia tidak melampaui batas.

“Apa yang mereka mahu bergurau, kita bergurau selagi ia tidak melampaui batas. Jadi nak bergurau dengan saya, saya okay. Jadi gelaran-gelaran ini saya anggap sahaja yang mereka bergurau.

“Walaupun ada gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya diberikan kepada saya, tetapi ia masih di bawah kawalan.

“Cuma benda-benda negatif ini saya harap tiadalah. Kita cuba elakkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusuf berkata, dia tidak mengambil gelaran diberikan itu sebagai satu perkara yang serius memandangkan usianya kini semakin matang.

“(Saya) tidak ambil serius pun perkara ini. Saya rasa tiada masa juga (nak layan). Mungkin sebab umur saya, bukanlah nak kata tua. Tetapi sebab saya rasa saya dah semakin matang.

“Jadi saya rasa tiada masa untuk saya nak ‘culture shock’ dengan gelaran-gelaran yang ada daripada mereka ini. Jadi saya terima sebagai gurauan daripada peminat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yusuf bakal membintangi drama Perempuan Sesudah Lafaz arahan Nizam Zakaria yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Drama berkenaan turut menampilkan Nora Danish, Riena Diana, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifli dan Muhsin Nadzli.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Orang Tak Nampak Kemurungan Saya – Azza Elite

0
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Azza Elite mengakui adakalanya dirinya mengalami tekanan hidup dan kemurungan gara-gara kehidupan yang mencabar. Katanya, namun perkara itu dilepaskan apabila...

CATEGORIES