Thursday, October 15, 2026
HomeBERITASuspek Samun Bersenjata Agresif, Polis Lepas Tembakan Amaran

Suspek Samun Bersenjata Agresif, Polis Lepas Tembakan Amaran

TAWAU – Suspek kes samun bersenjata bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis ketika operasi dijalankan di Kampung Titingan, di sini, Jumaat lalu, sehingga menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, 9 Oktober lalu.

Rosdi berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau bersama Strike Team Balai Polis Tawau dan Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan menjalankan operasi di perkampungan air berkenaan.

Beliau berkata, operasi bertujuan mengesan suspek kes samun bersenjata dan cubaan merogol seorang wanita warga asing berusia 18 tahun yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi, hari sama.

Katanya, dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai RM434 milik mangsa dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3,500.

“Semasa operasi tangkapan, seorang suspek bertindak agresif dengan cuba menyerang anggota polis menggunakan sebatang besi sebelum terjun ke laut.

“Suspek turut memukul dan cuba melemaskan seorang anggota polis ketika dikejar sehingga tembakan amaran terpaksa dilepaskan sebelum suspek berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Rosdi berkata, berikutan itu, dua anggota polis cedera dan pihaknya turut merampas sebatang besi yang digunakan ketika kejadian.

Katanya, suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an, tidak memiliki dokumen pengenalan sah dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Beliau menegaskan, rakaman video tular sebenarnya memaparkan tembakan amaran sahaja dilepaskan dan bukannya insiden berbalas tembakan ketika operasi terbabit.

Katanya, ia mungkin disalah tafir segelintir netizen di media sosial.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek dipercayai terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 dan 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Orang Tak Nampak Kemurungan Saya – Azza Elite

0
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Azza Elite mengakui adakalanya dirinya mengalami tekanan hidup dan kemurungan gara-gara kehidupan yang mencabar. Katanya, namun perkara itu dilepaskan apabila...

CATEGORIES