Wednesday, August 26, 2026
HomeBERITABursa Malaysia Dibuka Tinggi , Saham Bank Pacu Kenaikan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi , Saham Bank Pacu Kenaikan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan prestasi yang sangat positif, dipacu asas domestik yang kukuh, namun sentimen berhati-hati pelabur dijangka mengehadkan kenaikannya.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.86 mata kepada 1,739.19 daripada 1,736.33 ketika ditutup pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena sambutan Maulidur Rasul.

FBM KLCI dibuka 3.07 mata lebih tinggi pada 1,739.40.

Prestasi keseluruhan pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 203 berbanding 184, manakala 332 kaunter tidak berubah, 2,135 tidak diniagakan dan 49 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 180.39 juta saham bernilai RM141.92 juta.

Apex Securities Bhd berkata FBM KLCI dijangka diniagakan secara berhati-hati dengan kecenderungan positif sederhana, disokong asas ekonomi domestik yang kekal berdaya tahan.

Bagaimanapun, musim pengumuman keputusan kewangan dijangka menjadikan pelabur lebih selektif, dengan prestasi korporat dan perkembangan khusus syarikat menjadi faktor utama yang mempengaruhi pergerakan saham individu.

“Sementara itu, penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik yang reda mungkin memberi sedikit kelegaan kepada sentimen terhadap aset berisiko walaupun ketidaktentuan luaran boleh terus mengekang potensi kenaikan pasaran.

“Secara keseluruhan, kami menjangka dagangan kekal selektif, dengan prestasi kewangan yang lebih kukuh mungkin menjadi pemangkin utama bagi saham individu serta pasaran secara keseluruhannya,” menurut Apex Securities dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.58, manakala Public Bank dan CIMB Group masing-masing meningkat empat sen kepada RM5.14 dan RM8.00.

Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM14.22, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.15.

Bagi saham paling aktif, NationGate meningkat 11 sen kepada RM1.60, manakala Ni Hsin dan Asteel masing-masing menambah 1.5 sen kepada 16 sen dan sembilan sen.

Zetrix AI meningkat satu sen kepada 66.5 sen, manakala VS Industry naik setengah sen kepada 22.5 sen.

Antara kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries melonjak 34 sen kepada RM41.84, manakala Nestle dan Allianz Malaysia masing-masing meningkat 20 sen kepada RM104.20 dan RM21.90.

Plenitude menambah sembilan sen kepada RM1.60 dan Vitrox Corporation naik lapan sen kepada RM9.08.

Dalam kalangan kaunter rugi, Batu Kawan susut 40 sen kepada RM20.60, manakala United Plantations dan Hong Leong Bank masing-masing turun 20 sen kepada RM31.92 dan RM22.76.

Kuala Lumpur Kepong susut 14 sen kepada RM21.78, manakala Petronas Dagangan berkurangan 12 sen kepada RM19.88.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 10.61 mata kepada 5,309.19, Indeks FBM 70 naik 30.28 mata kepada 18,099.53 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 14.47 mata kepada 12,643.84.

Indeks FBM Emas meningkat 22.19 mata kepada 12,840.79, manakala Indeks FBM Top 100 menambah 20.89 mata kepada 12,656.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 45.67 mata kepada 20,316.09, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 187.11.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 27.93 mata kepada 9,482.50, manakala Indeks Tenaga turun 3.96 mata kepada 773.48.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bruno Fernandes, Khadija Shaw Dinobat Pemain Terbaik PFA

0
MANCHESTER - Bruno Fernandes menambah satu lagi pencapaian dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA musim 2025/26, manakala Khadija Shaw mencipta kejayaan kali...

CATEGORIES