Wednesday, August 26, 2026
HomeHIBURANAirAsia Tawar Lebih Banyak Pilihan Untuk Menerokai Malaysia Sempena Bulan Kebangsaan

AirAsia Tawar Lebih Banyak Pilihan Untuk Menerokai Malaysia Sempena Bulan Kebangsaan

SEPANG, 26 Ogos 2026 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69, AirAsia menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai keindahan negara dengan diskaun 15% bagi tambang penerbangan domestik* menerusi tempahan di AirAsia MOVE. Daripada destinasi bandar yang menarik dan kaya dengan budaya, hinggalah ke percutian di pulau serta kunjungan ke kampung halaman, rakyat Malaysia boleh menerokai lebih banyak destinasi dalam negara sambil menikmati tambang lebih berbaloi sepanjang Bulan Kebangsaan ini.

Tempoh Tempahan: 26 Ogos hingga 1 September 2026

Tempoh Perjalanan: 2 September 2026 hingga 31 Mac 2027

Terokai Lebih Banyak Destinasi di Malaysia Bersama AirAsia

Daripada percutian di pantai dan destinasi bandar yang menarik hinggalah ke keindahan alam semula jadi dan tarikan budaya yang tersendiri, AirAsia menghubungkan para pelancong ke pelbagai destinasi di seluruh Malaysia, termasuk Penang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kuching, Tawau, Kota Kinabalu dan banyak lagi.

Sama ada meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati percutian atau menerokai destinasi baharu, Bulan Kebangsaan ini adalah peluang untuk menikmati kepelbagaian destinasi, budaya dan cita rasa yang mencerminkan keunikan Malaysia.

Apabila anda menempah penerbangan domestik melalui AirAsia MOVE, nikmati lebih banyak manfaat dan nilai untuk perjalanan anda:

  • Terbang dengan lebih fleksibel – Nikmati Pengecualian Caj Perubahan Sekali Sahaja**, membolehkan anda menukar penerbangan tanpa dikenakan caj pemprosesan sekiranya rancangan perjalanan berubah. Perbezaan tambang mungkin dikenakan.

  • Lebih nilai dengan Value Pack Lite – Dapatkan Value Pack Lite serendah RM37***, dengan manfaat tambahan untuk menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan berbaloi.

  • Kumpul dan gunakan mata AirAsia – Kumpul mata AirAsia setiap kali anda terbang atau membuat pembelian yang layak, kemudian gunakan mata tersebut untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan bagi perjalanan anda yang seterusnya.

Jadikan Bulan Kebangsaan ini lebih bermakna dengan menerokai lebih banyak destinasi di Malaysia dan nikmati diskaun 15% bagi tambang penerbangan domestik, eksklusif untuk tempahan melalui aplikasi AirAsia MOVE. Dengan lebih banyak destinasi, nilai dan fleksibiliti, terokai lebih banyak, nikmati lebih banyak dan raikan Malaysia dengan lebih berbaloi bersama AirAsia!

*Diskaun hanya terpakai untuk tambang asas sehala bagi laluan domestik terpilih. Sah untuk tempahan dari 26 Ogos hingga 1 September 2026 bagi perjalanan dari 2 September 2026 hingga 31 Mac 2027. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Perbezaan tambang mungkin dikenakan. Sah untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui AirAsia MOVE sahaja, tertakluk kepada ketersediaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

***Value Pack Lite bermula daripada RM37, tertakluk kepada terma, syarat dan ketersediaan yang berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi , Saham Bank Pacu Kenaikan

0
KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan prestasi yang sangat positif, dipacu asas domestik yang kukuh, namun sentimen berhati-hati pelabur dijangka mengehadkan...

CATEGORIES