Thursday, August 27, 2026
HomeBERITAPengasas Kumpulan Sunway Sahkah Insiden Roller Coaster

Pengasas Kumpulan Sunway Sahkah Insiden Roller Coaster

KUALA LUMPUR – Pengasas Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah mengesahkan insiden membabitkan permainan roller coaster di Sunway Lagoon pada malam Sabtu lalu.

“Ia satu insiden yang amat kami kesali. Kami bernasib baik kerana ia tidak membabitkan kehilangan nyawa,” katanya

Beliau berkata, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar insiden yang mengakibatkan seramai 10 pengunjung cedera.

“Pada pandangan saya, insiden ini mungkin berpunca daripada kerosakan pada struktur logam (metal fatigue),” katanya yang turut memberitahu pihak polis menolak sebarang unsur sabotaj atau perbuatan khianat berkait kejadian itu.

Dalam kejadian malam Sabtu lalu, 10 individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah tarikan permainan di taman tema terkemuka di Sunway Lagoon.

Kejadian dilaporkan sekitar jam 9 malam itu membabitkan seramai 22 pengunjung termasuk warga tempatan dan pelancong asing berusia antara 11 hingga 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan 10 daripada pengunjung taman tema terbabit cedera ringan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah mendesak penjelasan penuh serta siasatan bebas dijalankan susulan insiden berkenaan.

Kejadian itu mula tular selepas satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dibawa turun menggunakan pengusung di tangga berdekatan landasan roller coaster yang dikelilingi kawasan pokok tersebar di media sosial.

Satu lagi video berasingan yang dirakam pada waktu siang menunjukkan orang ramai berkumpul berhampiran kawasan permainan berkenaan, manakala beberapa anggota polis dan kakitangan taman tema dilihat beredar dari lokasi kejadian.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Wanita Yang Mahu Cari Pasangan Hidup, Pilihlah Lelaki Yang Sayang Barang...

0
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Namron, menasihati wanita supaya memilih lelaki yang menyayangi barang miliknya sebagai calon suami kerana sifat itu mencerminkan kesetiaan dalam...

CATEGORIES