KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2026 – EBENE Bio-Ray Healthcare, selaku Rakan Utama Rasmi dan Rakan Sokongan Lutut Rasmi Sky Race 2026, terus memperkukuh komitmennya dalam menggalakkan rakyat Malaysia bergerak dengan lebih yakin dan mengamalkan gaya hidup aktif menerusi penyertaannya dalam salah satu acara larian menara utama di Malaysia.
Acara ini menandakan aktivasi kelima “Move with EBENE”, sekali gus meneruskan usaha EBENE untuk menggalakkan rakyat Malaysia kekal aktif sambil meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan lutut secara proaktif, penggunaan sokongan yang bersesuaian serta pemulihan.
Diadakan pada 22 dan 23 Ogos 2026 di Stadium Merdeka, Sky Race tahun ini menarik kira-kira 8,000 peserta, menghimpunkan para pelari dan peminat kecergasan dalam satu cabaran yang menguji kekuatan, daya tahan dan keazaman.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, EBENE menyediakan Zon Pemulihan Sukan khas bagi membantu para peserta menjalani proses pemulihan selepas menamatkan cabaran larian menara. Zon ini menawarkan urutan sukan dan sesi regangan berpandu untuk membantu peserta melegakan ketegangan otot, memulihkan tenaga dan kembali segar selepas pendakian yang mencabar.
Mengangkat Pemulihan Sukan ke Tahap Pemecahan Rekod
Kemuncak utama acara ini ialah percubaan EBENE untuk mencipta rekod menerusi Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Penyertaan Teramai dalam Sesi Pemulihan Sukan” (Most Participants in a Sports Recovery Session), sekali gus menjadikan elemen pemulihan sebagai salah satu fokus utama Sky Race 2026.
Inisiatif ini menggalakkan para pelari untuk melihat pemulihan sebagai sebahagian penting daripada gaya hidup aktif, sekali gus memperluas pengalaman acara melangkaui sekadar melepasi garisan penamat.
“Pergerakan bukan sekadar tentang sejauh mana atau sepantas mana kita bergerak. Penjagaan lutut, penggunaan sokongan yang bersesuaian serta memberi masa yang mencukupi kepada tubuh untuk pulih adalah sama penting, khususnya bagi mereka yang ingin terus aktif dan mengekalkan minat terhadap aktiviti seperti berlari untuk jangka masa panjang” kata Saki Goh, Pengarah Pemasaran & E-Dagang.
“Melalui kerjasama dengan Sky Race, kami mahu mendekatkan mesej ini kepada pengguna dengan cara yang lebih menarik dan bermakna, sambil menggalakkan rakyat Malaysia menjaga lutut secara proaktif agar dapat terus aktif dan bergerak dengan yakin.”
Menyokong Setiap Langkah Anda
Sepanjang berlangsungnya Sky Race, EBENE memperkukuh komitmen jenamanya menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman yang memberi penekanan kepada pergerakan, sokongan proaktif serta pemulihan.
Para peserta turut berpeluang mencuba rangkaian produk sokongan lutut dan kompresi EBENE yang direka bagi memenuhi keperluan mobiliti dan tahap aktiviti yang berbeza. Antara kelebihan utama rangkaian sokongan lutut EBENE ialah keberkesanannya yang telah diuji secara klinikal untuk membantu mengurangkan sakit lutut selepas 1 jam penggunaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan EBENE sebagai pilihan sokongan lutut yang relevan untuk gaya hidup aktif.
Inisiatif ini turut menekankan kepentingan penjagaan lutut secara proaktif sebelum sebarang ketidakselesaan mula menjejaskan gaya hidup aktif, sekali gus membantu individu untuk terus menikmati aktiviti yang diminati seperti berlari dalam jangka panjang.
Dengan memberi sokongan kepada pengguna sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal, EBENE berhasrat menjadikan penjagaan lutut dan pemulihan sebagai sebahagian daripada rutin gaya hidup aktif, dan bukan sesuatu yang hanya diberi perhatian apabila kesakitan atau ketidakselesaan berlaku.
Dengan pengalaman 30 tahun dalam kategori produk sokongan penjagaan kesihatan, EBENE terus membangunkan penyelesaian yang direka untuk menyokong mobiliti serta membantu pengguna mengekalkan gaya hidup yang aktif dan yakin.
Menerusi inisiatif seperti Sky Race 2026 dan gerakan “Move with EBENE” yang lebih menyeluruh, EBENE berhasrat menjadikan sokongan sendi dan pemulihan lebih relevan serta mudah diakses, di samping memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengambil langkah positif ke arah gaya hidup yang lebih aktif.
Bergerak dengan Yakin. Bergerak Bersama EBENE.
Daripada menempuh cabaran mendaki anak tangga hingga menjalani proses pemulihan selepas melepasi garisan penamat, EBENE percaya bahawa setiap pergerakan adalah penting.
Kerjasama bersama Sky Race ini merupakan satu lagi langkah dalam misi EBENE untuk menggalakkan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan tahap aktiviti agar terus kekal aktif, bergerak dengan yakin serta menikmati perkara yang mereka gemar.





