Wednesday, August 26, 2026
HomeSUKANBruno Fernandes, Khadija Shaw Dinobat Pemain Terbaik PFA

Bruno Fernandes, Khadija Shaw Dinobat Pemain Terbaik PFA

MANCHESTER – Bruno Fernandes menambah satu lagi pencapaian dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA musim 2025/26, manakala Khadija Shaw mencipta kejayaan kali kedua dalam kategori wanita.

Fernandes, 31, mencipta sejarah apabila memecahkan rekod sepanjang masa Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi jumlah bantuan gol dalam satu musim selepas mencatatkan 21 bantuan gol sepanjang kempen cemerlangnya.

Pemain antarabangsa Portugal itu mengatasi rekod terdahulu yang dikongsi legenda Arsenal, Thierry Henry dan bekas bintang Manchester City, Kevin De Bruyne.

Selain 21 bantuan gol, Fernandes turut meledak sembilan jaringan bagi membantu United bangkit daripada permulaan hambar sebelum menamatkan saingan EPL di tempat ketiga di bawah kendalian Michael Carrick, sekali gus mengesahkan tiket kembali ke Liga Juara-Juara.

Anugerah PFA itu melengkapkan musim gemilang Fernandes yang turut dinobatkan Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) pada Mei lalu.

“Ini sememangnya detik yang amat membanggakan. Mereka adalah pemain yang kamu harungi di atas padang dan mungkin bukan mudah untuk mengundi seseorang yang anda lawan, jadi ini satu detik yang sangat bermakna,” kata Fernandes.

Khadija Shaw sedang “menikmati hasil daripada kerasnya” bersama manchester City

Sementara itu, Shaw menerima pengiktirafan selepas meledak 21 gol untuk membantu City menjulang kejuaraan Liga Super Wanita (WSL) buat kali pertama dalam tempoh sedekad.

Penyerang kelahiran Jamaica itu turut meraih Kasut Emas untuk musim ketiga berturut-turut.

City turut mencatat kejayaan dalam kategori lelaki apabila Nico O’Reilly dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA.

Pemain berusia 21 tahun itu meledak dua gol pada final Piala Liga ketika City menewaskan Arsenal, selain menjadi sebahagian daripada skuad yang turut menjulang Piala FA musim lalu.

“Saya amat bangga dengan musim yang saya lalui. Saya memenangi dua trofi bersama kelab dan berpeluang beraksi di Piala Dunia bersama negara. Saya sangat gembira dengan apa yang berlaku,” kata pemain antarabangsa England itu.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bapa, Anak Lelaki Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah – Bomba

0
KUALA NERUS - Dua beranak ditemukan maut selepas kediaman mereka di Kampung Tok Jembal , di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Dalam kejadian...

CATEGORIES