Tuesday, April 28, 2026
HomeVIRALPenduduk Apartmen Idaman Sengaja Pakaikan Baju K9, Ternyata Bukan Kucing PDRM

Penduduk Apartmen Idaman Sengaja Pakaikan Baju K9, Ternyata Bukan Kucing PDRM

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular di media sosial potongan rakaman berita di sebuah televisyen tempatan memaparkan seekor kucing yang memakai baju Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Bagaimanapun, ternyata kucing tersebut bukanlah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kepunyaan salah seorang penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Menurut Kosmo, difahamkan pemilik tersebut sengaja memakaikan baju K9 yang dibeli menerusi platform e-dagang pada kucingnya untuk ‘membantu’ siasatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penduduk yang berada di kawasan tersebut serta dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

“Tapi kucing ni bukan unit K9 punya. Ada pemiliknya. Tuan dia duduk apartmen di situ dan memang sengaja pakaikan baju ni,” ciap pengguna berkenaan.

Hakikatnya, pihak PDRM hanya menggunakan unit anjing pengesan untuk mengesan bukti-bukti penting bagi kes kanak-kanak yang maut dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Meskipun amat janggal dan jarang sekali PDRM menggunakan kucing dalam unit K9, perkara ini dianggap biasa di luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand.

Berdasarkan Kosmo, kucing seperti ini berada dalam unit Feline atau F-9 yang bertindak dalam pasukan khas dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.

Salah satu kucing pengesan United States Coast Guard (USCG) unit Feline ni bernama Milo yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT).

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

  1. Hello there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There’s a lot of folks that I think would really appreciate your content Please let me know Cheers

Leave a Reply to Jim Odor Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kisah Saya Dijadikan Tesis Universiti, Perempuan Kena Ada Ilmu’

0
PETALING JAYA – Sedar hak, pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan golongan wanita perlu melengkapkan diri dengan ilmu agar tidak mudah dipijak, apatah lagi ketika...

CATEGORIES