Sunday, May 10, 2026
HomeVIRALPelakon Azar Dibebaskan Tanpa Syarat, Jadi Saksi Pendakwaan

Pelakon Azar Dibebaskan Tanpa Syarat, Jadi Saksi Pendakwaan

SEREMBAN – Pelakon wanita, Azar Azmi yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah lot kurnia melibatkan kerugian RM1.5 juta dan urusan darjah kebesaran ‘Datuk’ dibebaskan oleh pihak polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pelakon berusia 35 tahun itu dibebaskan lebih kurang pukul 8 pagi tadi dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kedua-dua kes.

“Setakat ini, di Negeri Sembilan masih dua kes disiasat melibatkan mereka iaitu kes tipu tanah kurniaan dan urusan darjah kebesaran ‘Datuk’ yang tidak wujud.

“Satu kes tipu pelaburan lembu di Kuala Lumpur masih menunggu arahan selanjutnya oleh pihak pendakwa raya berhubung siasatan kes ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES