Saturday, April 25, 2026
HomePERNIAGAANAmanahRaya Dekati Komuniti Sabah, Santuni Anak-Anak Rumah Al- Aman Sempena Kempen Bina...

AmanahRaya Dekati Komuniti Sabah, Santuni Anak-Anak Rumah Al- Aman Sempena Kempen Bina Legasi 2026

Kota Kinabalu, 18 April 2026 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) terus memperkukuh jaringan komuniti di Sabah menerusi penganjuran program “Majlis Ramah Mesra” hari ini, yang turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada anak-anak daripada Rumah Anak Yatim Al-Aman, Beaufort.

Program yang diadakan bersempena Kempen Bina Legasi peringkat nasional ini, mencerminkan usaha AmanahRaya dalam menyantuni masyarakat secara langsung, selari dengan komitmen untuk memperluas capaian perkhidmatan di Sabah dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan harta dan pewarisan.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong, dalam ucapanya berkata “pendekatan turun padang dan libat urus secara langsung membolehkan AmanahaRaya untuk lebih mendekati masyarakat setempat, sekali gus memahami keperluan mereka dengan lebih mendalam.”

Tambah beliau, inisiatif berteraskan komuniti seperti ini amat penting bagi AmanahRaya kerana ia merupakan salah satu platform untuk mendekati masyarakat dan berkongsi mengenai kepentingan perancangan pewarisan. Selaras dengan matlamat AmanahRaya untuk menyediakan perkhidmatan pewarisan yang mudah diakses dan berpatutan merangkumi Pentadbiran Pusaka, Peramanahan, Hibah dan Pewarisan Bertakaful AmanahRaya akan terus mendampingi komuniti di Sabah serta memperluas operasi di beberapa kawasan strategik menjelang 2027.”

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri I Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Kempen Bina Legasi yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2026 merupakan inisiatif AmanahRaya sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan merancang pewarisan di peringkat awal. Sepanjang tempoh kempen, pelbagai program termasuk sesi libat urus dan Hari Terbuka dianjurkan di seluruh negara bagi memudahkan akses masyarakat kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nak Tunggu Persatuan Bertindak, Agak Lambat ‘– Didie Alias

0
KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan Didie Alias ikhlas membantu rakan-rakan artis yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan mahupun sebarang jawatan presiden mana-mana...

CATEGORIES