SHAH ALAM, 29 Julai 2026 – Midea, peneraju global dalam peralatan rumah pintar, memperluaskan rangkaian peruncitannya di Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama 99 Speed Mart Sdn Bhd (“99 Speed Mart”), rangkaian kedai mini terbesar di negara ini, sekali gus menjadikan peralatan rumah terbaharunya lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara. Kerjasama tersebut dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Midea dan 99 Speed Mart, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang jenama itu di Malaysia.
Mewakili Midea pada majlis menandatangani MoU tersebut ialah Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia, dengan Zeal Jiang, Presiden Wilayah Asia Pasifik (APAC) Midea Group bertindak sebagai saksi. Manakala 99 Speed Mart diwakili oleh Encik Yong Eng Kwang, Ketua Pegawai Operasi, dengan Encik Lee Thiam Wah, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif bertindak sebagai saksi. Kerjasama ini susulan pengembangan rangkaian peruncitan khusus Midea menerusi pembukaan 18 Midea Brand Stores di seluruh negara pada tahun lalu.

Secara bersama, saluran ini memperkukuh kehadiran jenama Midea dalam pasaran serta memberikan lebih ramai rakyat Malaysia akses mudah kepada rangkaian peralatan rumah Midea yang semakin berkembang.
“Bagi pengguna, rangkaian peruncitan yang diperluaskan ini bermakna akses yang lebih mudah kepada teknologi terkini Midea, khususnya peralatan rumah seperti pengisar, cerek elektrik, periuk nasi, kipas, pembakar roti dan ketuhar pembakar roti, vakum serta dapur,” kata Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia.
“Melalui kerjasama dengan 99 Speed Mart, Midea memperoleh akses kepada salah satu rangkaian peruncitan paling meluas di Malaysia, membolehkan jenama ini mencapai lebih banyak kawasan kejiranan dan berkhidmat kepada pengguna di lokasi mereka tinggal serta membeli-belah, selaras dengan slogan 99 Speed Mart iaitu ‘Near n’ Save’. Langkah ini melengkapi rangkaian kedai jenama Midea dan pengedar sah sedia ada, sekali gus mewujudkan lebih banyak titik hubungan untuk pelanggan mengenali, mencuba dan membeli produk Midea,” katanya.
“Kerjasama bersama Midea ini merupakan satu pencapaian penting bagi 99 Speed Mart ketika kami memperluaskan penawaran produk melebihi barangan tradisional untuk membawa penyelesaian peralatan rumah yang dipercayai kepada pelanggan di seluruh Malaysia,” kata pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah.
“Sebagai rangkaian kedai mini terbesar di negara ini, kami sentiasa mencari kaedah untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia dengan lebih baik. Kerjasama ini membolehkan kami menawarkan lebih banyak kemudahan dengan menjadikan peralatan rumah berkualiti lebih mudah diperoleh melalui rangkaian cawangan kami di seluruh negara,” katanya.
Kerjasama ini turut menyokong aspirasi pertumbuhan Midea yang lebih luas di rantau ini. Pada Persidangan Pengedar Asia Pasifik di Bali pada penghujung tahun lalu, syarikat tersebut memperkenalkan visi Power of One, iaitu strategi yang menggabungkan inovasi produk, pengembangan peruncitan dan pengalaman pelanggan di bawah satu agenda pertumbuhan yang menyeluruh.
Pengembangan kehadiran peruncitan Midea di Malaysia merupakan langkah penting dalam mencapai sasaran jualan yang ditetapkan menerusi visi tersebut.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Midea dalam melabur di Malaysia serta usaha syarikat untuk menjadikan peralatan rumah inovatif dan cekap tenaga lebih mudah diperoleh oleh pengguna. Seiring peningkatan permintaan terhadap produk yang lebih pintar, mampan dan sesuai dengan gaya hidup moden, Midea terus memperkukuh keupayaannya memenuhi jangkaan pengguna melalui rangkaian peruncitan yang lebih luas dan mudah dicapai.
Bermula hari ini, pelanggan di cawangan 99 Speed Mart seluruh negara boleh membeli pilihan peralatan rumah kecil daripada Midea.
Senarai produk Midea yang tersedia di 99 Speed Mart seluruh Malaysia
| Produk | Model |
|---|---|
| Blender Glass Jar | MBL602B0BGG |
| Blender | MBL-6012K |
| Double Wall Jug Kettle | MK-17BK |
| Jug Kettle | MKE172M2BDG |
| Conventional Rice Cooker | MG-GP06B / MG-GP18B |
| Table Fan | MF-16FT15NB |
| Stand Fan | MF-16FS23C-BK |
| Desktop Circulation Fan | MFT700M0BPB |
| Bread Toaster | MTO9522SBPG |
| Oven Toaster | MEO-10BDW-BK |
| Stick Vacuum | MCV-SV66 |
| Stainless Steel Stove | MGS-T2133S |
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.midea.com/my





