Tuesday, November 10, 2026
HomeBERITAKereta Perisai MALBATT 'Berundur' Selepas 40 Tahun Berjuang

Kereta Perisai MALBATT ‘Berundur’ Selepas 40 Tahun Berjuang

KUALA LUMPUR – Setelah hampir empat dekad berkhidmat untuk negara, termasuk di Lubnan, kenderaan perisai Radpanzer Condor dan Sibmas kini secara rasmi dilupuskan.

​Pelupusan aset ketenteraan itu dilaksanakan menerusi kaedah pemusnahan sebagai sebahagian persediaan pengunduran dan penarikan balik pasukan menjelang pengakhiran misi pengaman MALBATT 850-13 di bawah mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Pasukan Pegawai Maklumat Awam (PIO) MALBATT 850-13 dalam kenyataannya berkata, kenderaan perisai Condor sudah berkhidmat kira-kira 40 tahun itu simbol keteguhan dan ketahanan aset tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

​”Menyusuri bumi Lubnan bersama kontinjen pengaman Malaysia selama hampir dua dekad, kenderaan ini bukan sekadar perkakasan ketenteraan.

“Ia menjadi saksi bisu kepada pelbagai cabaran operasi dan pengorbanan dicurahkan generasi perwira negara dalam menjamin keamanan.

​ “Seiring kemajuan teknologi pertahanan dan peralihan kepada kenderaan perisai generasi baharu, persaraan Condor dan Sibmas menandakan satu lagi detik penting dalam sejarah aset ketenteraan negara,” katanya.

​Proses pelupusan aset terbabit mendapat kelulusan rasmi Cawangan Pengurusan Aset, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerusi Lembaga Pelupusan Pasukan.

Kelulusan turut diperoleh daripada Kementerian Luar Negeri (MOFA) Lubnan serta Jabatan Kastam Lubnan.

​Pemeriksaan fizikal turut dijalankan Jabatan Kastam Lubnan bagi memastikan proses pelupusan terbabit mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan ditetapkan.

​Pendekatan teliti ini menonjolkan ketepatan, integriti dan profesionalisme MALBATT 850-13 dalam menguruskan aset menjelang pengunduran kontinjen berkenaan.

“​Meskipun Condor dan Sibmas tidak lagi menyusuri bumi Lubnan, legasi perkhidmatannya akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah ATM serta sumbangan Malaysia dalam misi pengaman antarabangsa,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Naik Bintik Merah Ketika Maghrib, Sampai Hospital Terus Hilang’

0
KOTA DAMANSARA – “Setiap kali saya mahu mengeluarkan produk atau melancarkan sesuatu yang besar, pasti ada perkara pelik berlaku.” Demikian luahan usahawan sensasi, Datuk Seri...

CATEGORIES