Thursday, November 5, 2026
HomeLUAR NEGARABank Perancis Jadi Mangsa Serangan Siber Babitkan Penipuan RM455 Juta

Bank Perancis Jadi Mangsa Serangan Siber Babitkan Penipuan RM455 Juta

PARIS: Bank serantau Perancis, Credit Mutuel Arkea pada Rabu berkata bahawa pihaknya menjadi mangsa serangan siber yang membolehkan transaksi penipuan bernilai kira-kira 100 juta euro (RM455 juta) dilakukan.

Bank itu berkata dalam serangan yang berjaya dikawal tersebut, penggodam memperoleh akses kepada akaun Arkea untuk membuat pemindahan wang ke bank lain, bukannya akaun pelanggan yang tidak mengalami sebarang kerugian.

Arkea menambah, dana yang dicuri kemudian ditukarkan kepada mata wang kripto menerusi platform khusus, tetapi sebahagiannya berjaya disekat dan usaha lain sedang dilakukan untuk mendapatkan semula dana berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arkea berkata, pihaknya menolak kemungkinan pemindahan itu berlaku akibat kesilapan manusia dan menyifatkannya sebagai serangan canggih dari luar.

Institusi itu tidak memberikan butiran mengenai bagaimana serangan berkenaan dilakukan atau pihak yang mungkin bertanggungjawab.

Dalam kenyataan kepada AFP, pejabat pendakwa raya Paris berkata, pihaknya membuka siasatan rasmi.

Siasatan itu melibatkan serangan terhadap sistem pemprosesan data automatik oleh kumpulan terancang, katanya.

Bank berkenaan enggan mengesahkan angka kerugian AS$133 juta (RM606 juta) yang dilaporkan akhbar Le Telegramme, tetapi mengesahkan skala kerugian tersebut.

“Jumlah dana yang terjejas akibat serangan itu, yang masih dinilai,” tambahnya.

Pemberi pinjaman itu mencatatkan keuntungan bersih 230 juta euro (RM1.04 bilion) pada separuh pertama tahun ini.

ZachXBT, penyiasat bebas yang mengkhususkan dalam menjejaki aliran dana dalam rantaian blok,  sistem yang menjadi asas transaksi mata wang kripto mendedahkan penipuan itu menerusi akaun media sosialnya awal minggu ini.

Penyiasat dalam talian tanpa nama itu berkata, dana yang dicuri telah disalurkan menerusi beberapa akaun yang dibuka di platform pertukaran mata wang kripto.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

1,161 PPS Siap Sedia Hadapi Monsun Timur Laut di Selangor

0
SHAH ALAM – Sebanyak 1,161 pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti untuk beroperasi di seluruh Selangor bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut...

CATEGORIES