Tuesday, August 4, 2026
HomePERNIAGAANPerodua Turunkan Harga Axia Sehingga RM4,700

Perodua Turunkan Harga Axia Sehingga RM4,700

PETALING JAYA – Perodua mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia, kenderaan kompak paling mampu milik di negara dan menjadi pilihan mobiliti utama negara  sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta merta.

Pengurangan harga itu dibuat berikutan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat selain usaha Perodua mengukuhkan komitmennya dalam membantu pelanggannya menghadapi persekitaran ekonomi yang kian mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri  Zainal Abidin Ahmad berkata, harga baharu ini adalah antara usaha berterusan syarikat untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat.

“Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Axia 1.0G yang sebelum ini dijual pada harga RM 38,600, kini diturunkan sebanyak RM4,700 kepada  RM33,900; Axia 1.0X RM 40,000 diturunkan sebanyak RM1,500 kepada RM38,500;  Axia 1.0SE asalnya pada harga RM44,000 diturunkan harga RM1,000 kepada RM43,000 manakala Axia 1.0AV yang dijual pada harga RM49,500 diturunkan pada harga RM500 kepada RM 49,000.

Bagi Sabah & Sarawak pula, model  Axia 1.0G RM 40,600 diturunkan harga sebanyak RM4,700 kepada RM35,900; Axia 1.0X yang dijual pada harga RM42,000 diturunkan sebanyak RM1,500 kepada RM 40,500; Axia 1.0SE diturunkan harga RM1000 menjadi RM45,000 manakala Axia 1.0AV diturunkan harga sebanyak RM500 kepada RM51,500 berbanding RM 51,000.

Harga diatas tidak termasuk kos insurans

Zainal Abidin menjelaskan, kesemua spesifikasi dan standard kualiti Perodua Axia kekal tidak berubah dan penjimatan yang diperoleh adalah sepenuhnya daripada penambahbaikan proses dan kecekapan operasi.

“Pengurangan harga yang dibuat ini adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan yang berterusan dan mampan serta kerjasama baik dengan pembekal dan rakan kongsi kami dalam ekosistem automotif.

“Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar kami di atas kerjasama dalam menambah baik kecekapan kos untuk manfaat bersama bukan sahaja pemain industri tetapi juga seluruh rakyat.

“Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Berat Saya 45kg Pun Orang Dah Cakap Gemuk – Nadeera

0
KUALA LUMPUR – Penampilan dipuji semakin cantik, penyanyi Nadeera Zaini mengakui amat menitikberatkan soal penjagaan imej dan sanggup berhabis untuk kelihatan menawan. Menurut Nadeera atau...

CATEGORIES