Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURAN‘Ya Allah, Mana Suara Aku Ini? Setiap Kali Show, Hilang’ - Aweera

‘Ya Allah, Mana Suara Aku Ini? Setiap Kali Show, Hilang’ – Aweera

PETALING JAYA – Penyanyi rock Aweera meluahkan kekecewaan selepas sering dibelenggu masalah kehilangan suara setiap kali menjayakan persembahan pentas.

Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham, 35, berkata, keadaan tersebut mencetuskan kemusykilan kerana hanya berlalu ketika memenuhi undangan persembahan.

“Ya Allah, mana vokal aku ini? Setiap kali ada ‘show’, hilang suara. Tak ada show (persembahan), okey sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram Story.

Menurut penyanyi yang sinonim dengan lagu nada tinggi itu, vokalnya kini bukan lagi melambangkan dirinya yang sebenar.

“Aku benci vokal aku sekarang. Ini bukan aku!” katanya.

Tertekan dengan masalah tersebut, vokalis Mojo itu turut mengakui terfikir mahu mengundurkan diri dari dunia nyanyian.

“Benda ini yang buat aku rasa nak ‘retire’ (bersara). Serius aku cakap,” ujarnya.

Pada Mei lalu, vokalis kumpulan Mojo itu mendedahkan masih menerima rawatan selepas mengalami masalah pada pita suaranya sebelum ini.

Aweera memaklumkan dia turut mengikut nasihat doktor termasuk menjalani vokal terapi agar keadaannya kembali pulih.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES