Tuesday, August 11, 2026
HomeBERITA‘Yang Sakit Perdana Menteri, Yang Tak Nak Bekerja Pula Pembangkang’

‘Yang Sakit Perdana Menteri, Yang Tak Nak Bekerja Pula Pembangkang’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang memboikot perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai sesuatu yang tidak profesional.

Menurutnya, meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri wajar menjawab segala persoalan berhubung isu berkenaan selepas kembali sihat, tanggungjawab Ahli Parlimen untuk berbahas dan menjalankan fungsi semak dan imbang tidak sepatutnya terhenti.

“Parlimen bukanlah ‘one-man show’. Yang sakit Perdana Menteri, tetapi yang tidak buat kerja kita pula.

“Kita dibayar puluhan ribu ringgit gaji, pencen dan menerima pelbagai elaun hanya untuk memainkan peranan semak dan imbang, tetapi kita gagal memainkan peranan tersebut,” katanya ketika membahaskan Laporan RCI berkaitan TH di Dewan Rakyat hari ini.

Syed Saddiq berkata, laporan RCI berkenaan bukan milik mana-mana Perdana Menteri atau parti politik, sebaliknya melibatkan kepentingan lebih 10 juta pendeposit TH.

Katanya, Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk meneliti laporan itu, membahaskan fakta serta membongkar sebarang salah laku bagi memastikan nasib dan maruah pendeposit terbela.

“Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu-Islam memilih untuk memboikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu-Islam.

“Kita bukan memboikot Perdana Menteri, kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit Tabung Haji,” katanya.

Justeru, Syed Saddiq berkata, dia memilih untuk kekal berada di Dewan Rakyat dan mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan berasaskan fakta serta data.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan integriti dan nama baik TH serta kepentingan lebih 10 juta pendepositnya terus dipertahankan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tidak Boleh Bersalin Secara Normal, Kedudukan Bayi Tidak Mengizinkan Untuk VBAC’

0
PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa, mendedahkan hasratnya untuk melahirkan anak secara normal tidak kesampaian disebabkan kedudukan bayinya yang tidak mengizinkan. Intan atau Intan Najuwa...

CATEGORIES