Thursday, November 26, 2026
HomeHIBURANJalin Kerjasama Dengan Jakel, Shafiq Shaheen Mahu Kongsi Rezeki Bersama Pusat Tahfiz

Jalin Kerjasama Dengan Jakel, Shafiq Shaheen Mahu Kongsi Rezeki Bersama Pusat Tahfiz

Usahawan, Shafiq Shaheen menyorot perhatian apabila menjadi salah seorang wajah baharu bagi mempromosikan jenama tekstil terkenal, Jakel.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Jakel dan Shafiq, dapat dilihat usahawan ini sedang melakukan video mempromosikan pakaian serta beberapa produk lain di premis jenama tersebut.

Di akhir video, dapat dilihat wakil daripada Jakel menyerahkan sampul yang berisi duit buat Shafiq sebagai gaji pertamanya melakukan video tersebut.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah bekas suami kepada pelakon Syida Melvin ini meluahkan hasrat untuk mendermakan kesemua wang gaji yang diterimanya kepada pusat tahfiz.

“Saya niatkan nak dermakan duit ini kepada tahfiz,” luah Shafiq.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Syafiq di atas kolaborasi tersebut.

Malah, mereka memuji niat murni Shafiq yang mahu memberikan duit tersebut kepada yang memerlukan.

Sumber: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tren LRT Kelana Jaya Buat Hal Lagi, Ramai Lambat Datang Kerja

0
PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya meluahkan rasa penat dan letih susulan operasi pengangkutan awam tersebut sekali lagi...

CATEGORIES