Tuesday, April 28, 2026
HomeHIBURAN‘Dia Dah Tarik Sikit-Sikit, Rezeki Saya Tak Macam Dahulu’

‘Dia Dah Tarik Sikit-Sikit, Rezeki Saya Tak Macam Dahulu’

LAMA membina nama sebagai anak seni, Noorkhiriah kini mampu menghadam hakikat tiada lagi tawaran kerja.

Bukan merajuk jauh sekali terasa hati, Noorkhiriah atau nama lengkapnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie mengakui hari demi hari, wajahnya tidak lagi menjadi pilihan membintangi drama apatah naskhah untuk skrin layar lebar.

“Betul orang cakap hidup ini ibarat putaran roda.

“Alhamdulillah, saya sudah boleh tenangkan diri dan berdamai dengan takdir bahawasanya rezeki saya tak macam dahulu.

“Mungkin Allah dah bagi rezeki begitu dan begini 20 tahun lepas. Sekarang, Dia dah tarik sikit-sikit,” katanya kepada HibGlam.

Noorkhiriah yang kini muncul dengan filem terbaharu berjudul Felai FX berkata, dia tidak menyangka akan menempuh zaman suram seperti yang dilaluinya ketika ini.

“Sejujurnya, kadang-kadang ada rasa ‘weh, saya tak sangka yang anak seni begini akhirnya’.

“Ingatkan akan sentiasa hidup mewah, ada job dan sebagainya. Jadi, kita kena bersiap-siaga dengan pelan masa depan dan sentiasa muhasabah diri. Ingat, langit itu tidak selalunya cerah,” ujarnya lagi.

LAKONAN Noorkhiriah bersama Azhan Rani menerusi naskhah Seribu Tahun pernah menyentuh hati jutaan peminat dan menjadi fenomena.

Titip pesanan

Noorkhiriah menitipkan peringatan buat diri sendiri dan orang sekeliling terutama yang berkecimpung dalam dunia hiburan agar mula menabung demi masa depan.

“Buat sesiapa yang sebaya dengan saya atau yang baru nak jadi pelakon, tolonglah menyimpan (duit).

“Sebab kita tak nak jadi macam scammer yang makan duit orang. Kita tak tahu apa akan jadi kemudian hari.

“Saya bukan jenis suka bercerita dalam media sosial. Kalau tiada job, saya doa agar Tuhan permudahkan urusan rezeki saya waima bukan lagi dalam dunia hiburan,” jelasnya.

Sungguhpun begitu, Noorkhiriah menegaskan dia masih mencintai bidang lakonan yang merupakan lubuk rezekinya.

“Saya masih nak bekerja (berlakon), saya sayangkan kerja ini. Alang-alang kalian wawancara, saya nak tegaskan yang saya masih berlakon.

“Andai kata kalau ada tawaran, alhamdulillah saya ambil dengan harga yang berpatutan dengan komitmen saya berikan.

“Andai kata kalau sudah tiada nama Noorkhiriah dalam senarai, saya faham tidak mengapa,” katanya.

Noorkhiriah mengakui kesilapan terbesarnya adalah mengumumkan mahu berhenti berlakon pada 2016 walhal dia masih mencintai dunia seni.

“Rasanya silap saya juga. Saya belum bersara dan masih lagi ‘shooting’ sampai sekarang. Cuma rezeki belum masuk lagi. Pernah jadi dua tahun lepas, bulan Jun hingga hujung tahun tiada job sampaikan nampak dinding macam pantai melambai-lambai,” tuturnya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Takkan Bagi Mama Dengan Iqbal, Dia Narsisistik’ – Cik B

0
SHAH ALAM – “Saya takkan bagi mama dengan Iqbal. Dia ‘attention seeker'”. Demikian respons penyanyi juga pempengaruh media sosial, Cik B ketika disoal tentang kelakuan...

CATEGORIES