Tuesday, October 27, 2026
HomeBERITACuaca Makin Pulih, Banyak Kawasan Catat IPU Baik Dan Sederhana

Cuaca Makin Pulih, Banyak Kawasan Catat IPU Baik Dan Sederhana

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di negara ini terus menunjukkan perkembangan positif, dengan majoriti kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik dan sederhana.

Berdasarkan laporan di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU baik, manakala 32 kawasan mencatatkan IPU sederhana.

Sementara itu, terdapat tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 173.

Kawasan lain ialah Samarahan mencatatkan bacaan 160; Kuching (159); Sarikei (157); Sibu (154); Sri Aman (139) dan Mukah (109).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala bacaan 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Anak Kau Abai, Parti Kau Sampai, Lelaki Bodoh…’ – Kaka Azraff

0
PETALING JAYA – Penyanyi Kaka Azraff mengundang perhatian ramai apabila menyelar lelaki yang memilih untuk berseronok berbanding menunaikan tanggungjawab terhadap anak sendiri. Tidak menyebut mana-mana...

CATEGORIES