Tuesday, October 27, 2026
HomeSUKANHarry Kane Akhirnya Menang Anugerah Ballon d’Or Pada Usia 33 Tahun

Harry Kane Akhirnya Menang Anugerah Ballon d’Or Pada Usia 33 Tahun

LONDON, 27 Oktober – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane muncul pemain England pertama dalam tempoh 25 tahun memenangi anugerah Ballon d’Or selepas menewaskan Kylian Mbappe dan Lamine Yamal pada majlis penganugerahan disini pada Isnin.

Kane, 33, meraih pengiktirafan tertinggi bola sepak itu selepas menjaringkan 73 gol dalam 65 perlawanan bersama kelab dan negara musim lalu, sekali gus membantu Bayern meraih gelaran berganda liga dan piala domestik Jerman.

Beliau menjadi pemain England pertama memenangi anugerah itu sejak Michael Owen pada 2001.

Kane turut menjaringkan enam gol ketika England menamatkan saingan Piala Dunia di tempat ketiga.

“Saya suka mewakili negara saya dan membawa pulang trofi ini.

“Mempunyai pemenang dari England adalah sesuatu yang sangat istimewa, terutama di London,” katanya kepada AFP.

Kane menyertai Bayern pada 2023 selepas mengharungi beberapa kekecewaan di pentas akhir, termasuk kekalahan Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Liga Juara Eropah 2019 dan dua kekalahan bersama England pada Kejohanan Eropah.

Sementara itu, Lamine Yamal menduduki tempat ketiga, manakala Kylian Mbappe di tempat kedua.

Yamal turut membawa pulang anugerah bakat muda terbaik buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam kategori wanita, Alexia Putellas memenangi Ballon d’Or buat kali ketiga selepas membantu Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu.

Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente pula dinobatkan sebagai jurulatih lelaki terbaik selepas membimbing pasukannya menjuarai Piala Dunia.

Paris Saint-Germain, yang memenangi Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut, membawa pulang anugerah kelab lelaki terbaik, manakala Unai Simon dan Cata Coll masing-masing dinobatkan sebagai penjaga gol lelaki dan wanita terbaik.

Sumber – AFP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zarif Ghazzi Pertahan Kudrat 1968, Bukan Sekadar Papar Isu Buli Dan...

0
KUALA LUMPUR – Bukan sekadar memaparkan aksi kekerasan dan budaya buli, filem Kudrat 1968: High Council turut mengupas sisi gelap hierarki, senioriti dan percaturan...

CATEGORIES