Tuesday, October 27, 2026
HomeHIBURANAzhan Rani Tak Kecil Hati Rahim Razali Tersalah Sebut Nama

Azhan Rani Tak Kecil Hati Rahim Razali Tersalah Sebut Nama

KUALA LUMPUR – Pelakon Azhan Rani tidak berkecil hati apabila namanya tersalah disebut sebagai ‘Azman Rani’ oleh pelakon veteran, Datuk Rahim Razali, ketika mengumumkan kemenangannya pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026.

Azhan atau nama sebenar, Azhan Abdul Rani, berkata perkara itu bukanlah suatu isu baginya, malah, beliau memahami keadaan dilalui Rahim.

“Terima kasih Nadia (anak Rahim) bersusah payah hubungi saya semalam. Allahuakbar, tak perlu minta maaf pun sebenarnya. Tiada isu langsung. Saya faham saja keadaan Rahim yang amat saya hormati.

“Jangankan beliau, yang muda-muda pun kalau berada di atas pentas yang gah macam itu boleh saja tersasul atau tersalah sebut. Saya rasa ‘cute’ dan lucu saja Rahim itu.

post yang di muat naik oleh Azhan Rani di Intagram

“Pada usia 87 tahun, beliau masih gagah berjalan di atas pentas tanpa tongkat atau kerusi roda. Emak saya berusia 80 tahun sudah terbaring saja sebab terlantar sakit. Ikhlas dari hati, saya tiada masalah langsung,” katanya melalui hantaran Instagram (IG).

Azhan yang memenangi kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik pada ASA 2026 turut meluahkan rasa bangga kerana berpeluang berdiri sebaris dengan Rahim, yang disifatkannya sebagai pelakon hebat dan tokoh seni disegani.

“Saya lebih rasa terharu dan berbesar hati kerana Rahim sendiri yang sampaikan anugerah penuh makna kepada saya. Beliau seorang tokoh dan legenda teater, drama, filem serta pengulas sukan yang sangat saya kagumi.

“Sebut saja filem arahan beliau seperti Sumpah Di Bumi Merkah, Abang, Matinya Seorang Patriot, Puteri, Anak Sarawak dan Rentak Desa, semuanya masih menjadi karya kegemaran saya sampai ke hari ini,” katanya.

Bagi Azhan, peluang memimpin tangan Rahim ketika turun dari pentas turut menjadi detik yang sukar dilupakan kerana mengimbau kenangan bersama arwah bapanya.

“Terima kasih Nadia yang sangat beradab bercakap dengan saya. Terima kasih juga kerana meminjamkan ayah sekejap di atas pentas malam itu bersama saya.

“Ketika dapat pimpin tangan beliau waktu hendak turun pentas itu, rasa macam pimpin arwah abah sendiri,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Emas Jatuh Kepada RM520 Segram, Terendah Dalam Tempoh Tiga Bulan

0
BENGALURU - Harga emas diniagakan berhampiran paras terendah dalam tempoh tiga bulan hari ini, ketika pelabur menantikan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat...

CATEGORIES