Wednesday, October 21, 2026
HomeBERITAKerajaan Sedia RM1 Juta Bantu Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Kerajaan Sedia RM1 Juta Bantu Mangsa Keganasan Rumah Tangga

SEBERANG PERAI – Wanita yang terperangkap dalam keganasan rumah tangga dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk meninggalkan kediaman bersama anak-anak boleh mendapatkan bantuan menerusi inisiatif bernilai kira-kira RM1 juta yang disediakan kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan itu antara usaha kementerian untuk membolehkan mangsa keluar daripada persekitaran tidak selamat serta memulakan kehidupan baharu.

Menurutnya, sokongan turut merangkumi khidmat kaunseling, bantuan perundangan dan kemudahan rumah transit bagi wanita yang memerlukan perlindungan sementara.

“Mungkin ini tidak membantu atau menghalang daripada mereka dipukul lagi kerana itu cabaran di rumah, tetapi kami memberi keyakinan dari segi hak dan membantu untuk keluar dari rumah.

“Bantuan kewangan untuk wanita yang tiada duit untuk bawa anak lari (dari keganasan rumah tangga) selain kita menyediakan rumah transit untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Eliminate Violence Against Women (EVAW) sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Seberang Jaya di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri KPWKM, Lim Hui Ying.

Nancy berkata, wanita yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi pejabat Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi Wanita (PRISMAnita) yang terdapat di semua negeri.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa keganasan terhadap wanita bukan hanya berbentuk penderaan fizikal, malah kawalan kewangan oleh pasangan juga boleh menjejaskan emosi mangsa dan kesejahteraan anak-anak.

Katanya, tindakan tidak menyediakan wang untuk keperluan rumah tangga atau mengawal akses pasangan terhadap kewangan boleh mencetuskan tekanan emosi serta mewujudkan persekitaran keluarga yang tidak sihat untuk anak-anak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

IPD Seremban Penuhi Hajat Wanita Sarat Hamil Naik Kereta Peronda Polis

0
SEREMBAN - Seorang wanita yang hamil lapan bulan mengukir senyuman lebar apabila hajatnya untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya menjadi kenyataan. Nurul Asyira Zakaria, 23,...

CATEGORIES