Tuesday, July 21, 2026
HomeSUKANSelangor FC Tepati Ramalan Layak Ke Separuh Akhir

Selangor FC Tepati Ramalan Layak Ke Separuh Akhir

PETALING JAYA – Selangor FC yang dilabel sebagai pilihan menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas menyingkirkan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 8-1 secara agregat.

Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi menang 3-0 sekaligus menyaksikan Red Giants makin hampir untuk memastikan satu trofi mampu diraih musim ini

Selepas tewas 1-5 pada perlawanan pertama, KDN FC ambil keputusan menurunkan semua pemain tempatan berbanding empat import buat Selangor yang berada dalam kesebelasan utama.

Red Giants memulakan aksi dengan sempurna apabila Sharul Nazeem Zulpakar membuka jaringan seawal minit ke-10 sekaligus beri motivasi untuk terus mendominasi permainan.

Sebaik aksi memasuki masa kecederaan, kesilapan pertahanan KDN FC yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pantas dihukum oleh Ronnie Fernandez untuk memastikan gol kedua buat tuan rumah.

Memasuki tempoh satu jam permainan, kedudukan Selangor FC makin selesa dan kali ini giliran Ahmad Danial Asri merakam nama selaku penjaring.

Walaupun KDN FC kekal dengan sikap positif, Selangor FC nyata pasukan yang lebih baik untuk mengesahlan kemaraan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nyanyi Tak Sedap Tidak Apa, Sebab Mak Saya Cakap Sedap’ –...

0
KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.” Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya...

CATEGORIES