Friday, October 16, 2026
HomeSUKAN'JDT Akan Menjadi Pasukan Terbaik Di Asia' - Eddy Israfilov

‘JDT Akan Menjadi Pasukan Terbaik Di Asia’ – Eddy Israfilov

PERTAHANAN Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov, komited untuk menjadi sebahagian daripada sejarah juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu selepas menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2024, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Dia menjadi watak penting yang beraksi selama 90 minit untuk mengawal benteng pertahanan Harimau Selatan itu daripada dibolosi The Red Giants.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.91cm itu percaya JDT mampu menjadi kelab gergasi baharu di Asia dengan selepas ini mereka akan meneruskan cabaran di pentas Asia dengan menerima kunjungan daripada wakil Korea Selatan, Ulsan HD, yang dibimbing Kim Pan-gon dalam perlawanan keempat Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di laman sendiri.

“Saya mahu mencipta sejarah sebagai sebahagian daripada kelab besar ini. Saya mahu meletakkan nama saya untuk kelab ini kerana JDT akan menjadi pasukan terbaik di Asia.” katanya.

Sumber – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

0
KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan...

CATEGORIES