BEIJING – Sebuah kereta api laju yang sedang diuji di China memecahkan rekod dunianya sendiri apabila bergerak dari sifar ke kelajuan 800 kilometer (km) sejam dalam masa kira-kira lima saat, lapor laman berita The Independent.
Dalam ujian dijalankan di landasan sejauh 1 km di Makmal Donghu, wilayah Hubei, kereta api Maglev seberat 1.1 tan itu mencatat masa pecutan tepat 5.3 saat daripada keadaan pegun.
Kereta api Maglev menggunakan daya magnet untuk mengangkat keseluruhan badannya di atas landasan dan bergerak tanpa geseran, manakala medan magnet yang dijana oleh gelung di sekeliling landasan memacunya ke hadapan.
Selepas memecut dari sifar ke 800 km sejam, kereta api itu berhenti dengan lancar secara dalam jarak kira-kira 200 meter.
Ini merupakan kali ketiga dalam tempoh enam bulan kereta api sama memecahkan rekod dunia pecutan jarak pendek.
Kereta api Manglev itu pertama kali diuji pada Jun 2025, apabila ia mencatatkan kelajuan 650 km sejam dalam masa tujuh saat sekali gus mencipta rekod dunia.
Ia kemudian memecahkan rekodnya sendiri dalam beberapa ujian seterusnya, mencapai kelajuan 700 km sejam dan 798 km sejam.
Sumber – AGENSI





