Friday, October 9, 2026
HomeBERITALebih 754 Penampakan Beruang Dilaporkan Di Mongolia Sejak Musim Bunga Tahun Ini

Lebih 754 Penampakan Beruang Dilaporkan Di Mongolia Sejak Musim Bunga Tahun Ini

ULAANBAATAR – Sekurang-kurangnya 754 penampakan beruang dilaporkan di seluruh Mongolia sejak musim bunga tahun ini, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Khamis, lapor Xinhua.

Daripada jumlah itu, 24 penampakan dilaporkan di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, menurut kementerian berkenaan.

Lebih 80 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan anak beruang atau beruang betina bersama anaknya.

Angka itu dikeluarkan susulan serangan beruang di Ulaanbaatar antara malam Rabu dan awal Khamis lalu yang mengorbankan seorang lelaki berusia 40-an, manakala seorang wanita berusia 50-an cedera parah.

Peningkatan mendadak penampakan beruang di kawasan kediaman dan sekitarnya di seluruh Mongolia mendorong pihak berkuasa mengingatkan penduduk supaya terus berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko terserempak dengan haiwan berkenaan.

Permit memburu beruang setakat ini sudah dikeluarkan di lapan wilayah.

Menurut pakar, kejadian beruang bertembung dengan haiwan ternakan serta penampakan haiwan itu di kawasan kediaman semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka mengaitkan trend itu dengan beberapa faktor termasuk perubahan iklim, kekurangan sumber makanan di habitat semula jadi beruang serta eksploitasi sumber semula jadi secara berlebihan.

– BERNAMA-XINHUA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Remaja Maut Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cuba Melarikan Diri Daripada Polis

0
KOTA KINABALU - Seorang remaja lelaki ditemukan maut dipercayai akibat renjatan elektrik ketika cuba melarikan  diri daripada pemeriksaan polis di sebuah premis di kawasan...

CATEGORIES