Friday, October 9, 2026
HomeHIBURANSiti Nurhaliza Cemas, Afwa Termasukkan Biji Manik Dalam Hidung

Siti Nurhaliza Cemas, Afwa Termasukkan Biji Manik Dalam Hidung

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan detik cemas apabila anak bongsunya, Muhammad Afwa memasukkan biji mutiara mainan ke dalam lubang hidungnya.

Kejadian berlaku selepas Siti pulang dari sesi latihan apabila Afwa, 5, didapati seperti membuat ‘silap mata’ dengan memasukkan objek berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti memberitahu dia terpaksa bergegas membawa anaknya ke bahagian kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Anak bertuah ibu, balik rumah dari latihan dia buat ‘magic’ masukkan biji mutiara mainan dalam lubang hidung. Dah kena pergi kecemasan.

“Masa ini Afwa tengah gementar, Ibu lagilah tengah ‘cuak’. Macam manalah nak keluarkan manik mutiara itu sebab nampak besar. Nak kena pembedahan ke apa? Kena tunggu pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) datang,” tulisnya.

Bagaimanapun, insiden itu selesai apabila Afwa terbersin semasa berada di hospital lalu mengeluarkan sendiri biji mutiara berkenaan.

“Dalam gementar, Afwa kata nak terbersin tapi dia takut. Agaknya dah tahan lama sangat, dia lepaskan juga. Sekali keluar biji manik itu dengan hingus pada tangan ibu. Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini,” tulisnya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Irene Sofiya Dipukul Berulang Kali Dengan Besi 96 Sentimeter – Polis

0
JOHOR BAHRU – Pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, dipercayai maut selepas dipukul berulang kali menggunakan sebatang besi sepanjang 96 sentimeter,...

CATEGORIES